Thursday, September 23, 2010
MARI2 DENGAR INI PENGUMUMAN!!
Salam semua..
EVENT 1
kelas FCR (FRIENDLY COMPARATIVE RELIGION) datang lagi!!
Venue / Tempat: IIS Lecture Hall, 1-5-2, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur
Peserta akan diberi 5 buku, 1 VCD/DVD Ahmad Deedat, sarapan, minum petang dan sijil.
Fees: RM100 untuk pelajar & RM120 untuk bukan pelajar
Date FCR Phase 1 Year 2010
25&26/9/2010 Malay
16&17/10/2010 English
Tentative FCR Phase 1
Sabtu / Saturday
08.30am - 09.00am Pendaftaran / Registration
09.00am - 09.15am Pengenalan / Introduction
09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah / Is Dakwah Compulsory?
10.30am - 10.50am Rehat / Break
10.50am - 11.50am Sejarah Kristian / History of Christianity
11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian / Basis of Christian Beliefs
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat / Break & Solat
02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina / Chinese Beliefs
03.30pm - 04.30pm Hinduism / Hinduisme
04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible / Bible Study
Ahad / Sunday
08.30am - 09.00am Imbasan Semula / Recap
09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam / Misconceptions Toward Islam
10.40am - 11.00am Rehat / Break
11.00am - 12.10pm Memahami Mualaf / Understanding Reverts
12.10pm - 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja / Personal Encounters With Priest & Churches
01.10pm - 02.30pm Rehat & Solat / Break & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains Moden / Quran & Modern Science
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab / Q&A
05.00pm - 05.15pm Program Susulan / Follow Up Programme
05.15pm - 05.30pm Penutup / Closing
ilmu ini tak dapat kalau duduk saja..FCR sgt best!! tak percaya boleh cuba sendiri!so mari2 daftar..
EVENT 2
Sirah Muzikal : Merentas Kegemilangan Ummah...

boleh rujuk website ini http://sirahmuzikal.com/v1/
tapi sayangnya tak dapat join sebab pergi lawatan sambil belajar ke Kelantan..sedih2..nak buat macam mana tak ada rezeki kan..
EVENT 3
Maher Zain live in Malaysia on 15 october 2010!

Persembahan yang sekian lama dinantikan.
Raikan Maher Zain LIVE di Shah Alam: Oktober 15 08:00 - 11:00 mlm di Auditorium MBSA.
Maher Zain juga akan mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan peminat-peminat di beberapa lokasi. Lokasi-lokasi, tarikh dan masa akan diumumkan sebaik sahaja dipastikan.
(dipetik dari facebook Maher Zain,jadi apa2 pertanyaan silalah ke facebook beliau)
tak dapat join juga so tolong promote je la ek..hehe
p/s: sangat banyak event yang best utk disertai tapi tak menang tangan..masa semakin suntuk untuk buat semua benda dalam satu masa=(
Wednesday, August 25, 2010
CERITA POKOK BAKAU
Salam semua..
Hari ni saya nak kongsikan sesuatu tentang pokok paya bakau. Rasa nya semua dah pernah belajar kan tentang pokok paya bakau masa sekolah dulu. Tapi saya yakin mesti ramai yang dah lupa. Hari ni dekat kelas elektif kat fakulti sains, subject “Man and Plant” saya belajar pasal pokok bakau…dan saya rasa pokok ini tersangatlah unik dan menarik saya utk kongsikan sesuatu tentangnya dengan anda semua.
Ok mula-mula mari berkenalan dulu dengan encik BAKAU.
Nama glamour : ENCIK BAKAU
Adik beradik : Red mangrove (Rhizophora) , Black mangrove (Avicennia), White mengarove (Conocarpus)
Alamat : kawasan air masin,selalunya berselut
Perkara istimewa tentang ENCIK BAKAU utk hidup di kawasan kepekatan garam tinggi dan berselut:
Red mangrove (Rhizophora)
- Juga dikenali sebagai “walking trees"
- Garam dirembeskan keluar dengan mengekalkan tekanan hidrostatik negatif dalam xylem. Tekanan ini diwujudkan oleh tekanan osmosis yg cukup tinggi di daun
garam di daun
- Tumbuhan ini menghasilkan akar sokong di sekeliling batang pokok utama. Akar-akar sokong ini mempunyai lubang udara ataupun yang dikenali sebagai lentisel. Melalui lubang-lubang ini, oksigen menyerap masuk ke dalam tumbuhan dan seterusnya disalurkan ke akar bawah tanah
- Semasa masih berada di tumbuhan induk lagi, biji telah bercambah dan mula membesar menjadi anak benih (viviparous). Akhirnya, anak benih ini akan gugur ke air terapung tegak di dalam air. Anak benih ini kemudiannya dibawa oleh arus ke kawasan cetek dan seterusnya bersentuhan dengan bahagian dasaran. Di kawasan cetek ini, anak benih mula mengeluarkan akar dan membesar. Proses anak benih ini terapung didalam air hingga menjadi anak anak pokok ialah hampir setahun.

biji benih viviparous
Black mangrove (Avicennia)
- Daun Avicennia mempunyai kelenjar garam yang merembeskan garam berlebihan
- Pneumatophores, iaitu unjuran pendek yang muncul di permukaan tanah seperti straw untuk menyerap oxygen masuk.
PNEUMATOPHORES
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [QS. Al- Fussilat]
subhanallah uniknya ciptaan TUHAN..
Tak tahu lah kenapa teringat nak cerita pasal pokok bakau..mungkin dah rindu sangat kot kampung=p HAHAH.
gambar kat jeti sungai merbok,ada pokok paya bakau dekat2 dengan kampung saya=)
Saturday, August 21, 2010
i am "in a relationship"
Friday, August 13, 2010
28 days left.......
- Rasulullah bersabda: "bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu terdapa keberkatan" (HR Bukhari dan Muslim.)
- Rasulullah berbuka puasa dengan kurma sebelum solat (maghrib). jika tidak ada, maka baginda akan berbuka dengan kurma kering, dan jika tidak ada, baginda meneguk beberapa teguk air.(HR Abu Daud dan Tirmizi)
- "Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan (mendirikan solat tarawih dan solat malam) kerana iman dan mengharapkan keredhaan ALLAH SWT nescaya akan diampunkan segala dosa yg lalu" (HR Muslim)
Thursday, August 5, 2010
Saturday, July 24, 2010
Wednesday, May 19, 2010
oh ubat!!
sekarang dah habis exam, tengah praktikal kat ppum...kami ditempatkan ke department yg berlainan mengikut hari yg ditetapkan..memandangkan banyak sangat masa terluang, so sempat la snap2 gambar ubat yg "best best"..lets check it out...!!!
tadi...ada seorang perempuan dalam 40-an...minta utk beli ubat breast cancer..beribu2 ringgit jugak la...memang ubat anticancer ( chemotherapy) mahal2 belaka....ada satu tu ubat utk cancer peparu sampai 6 ribu lebih (boleh beli 2 biji laptop ni..huhu)
kesian perempuan tu, saya perasan dia pakai rambut palsu,rambut dah gugur sbb under chemotherapy...suara dah serak2/horseness of voice (salah satu symptom cancer)....kesian2..
Ingat lima perkara sebelum lima perkara:
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.....
syukur YA ALLAH utk nikmat kesihatan yg kau berikan padaku...
semalam,saya diberi peluang jaga kat kaunter utk bg number giliran kat pesakit under program METHADONE( memandangkan assignment dah siap, jaga kaunter pun jadi la kan..huhu)...tau x apa tu methadone?? Methadone utk penagih2 dadah, utk hilangkan ketagihan...methadone yg diberi ialah dalam bentuk syrup..mereka ni memg pesakit tetap kat ppum.lebih kurang seratus org...macam2 la kerenah mereka,ada yg nak dose lebih la apa la,pesakit HIV pon ada tau...=(
tengah tunggu pesakit datang,termenung sekejap..pak cik pembantu tadbir tu tegur .."kenapa lina termenung je ni...memikirkan nasib2 pesakit2 methadone tu ke??haha"
.....saya hanya tersenyum.....( pakcik ni boleh buat lawak pulak time2 ni)...
pakcik tu sambung lagi," tengoklah yg datang ramai yg bumiputra......laki ada perempuan pun ada....."
betul..memang betul..yg datang memang ramai bumiputra..apa nak jadi pada nasib bangsaku...=( kenapa melakukan sesuatu yg memudaratkan diri sendiri...??
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168 bermaksud:
“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”
ok setakat ini je la utk kali ni...berderet lagi assignment yg belum siap........bye2!!salam...=)
Tuesday, May 18, 2010
..................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dunno how to express how do i feel now
full stop
Monday, May 3, 2010
~SAAT LAFAZ SAKINAH~

cover album SAAT LAFAZ SAKINAH..amek kat http://eblog.yeopmi.com
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
i really miss him (T.T) moga dia tenang di sana..
Thursday, April 15, 2010
Friday, April 2, 2010
ANAK GAJAH
Innalillahi wainna ilaihi raji un…pagi tadi, masa program cuci kereta kat fac, ada seorang sahabat khabarkan kepada saya ,din beramboi telah meninggal dunia kerana denggi berdarah..tersentak diri ini mendengarnya………benarlah firman ALLAH dalam surah al munafiqun ayat 9 hingga 11..
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya) . Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh".
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan- Nya mengenai segala yang kamu kerjakan…
OK mari kita ke topic seterusnya..sebenarnya nk cerita pasal benda lain..=) Alhamdulillah semalam diberi peluang ke taman2 syurga=) majlis ilmu di kolej 8..dengan nadia,farhana,nisah, hanisah n kak akma..n ada kwn2 kolej lain..ramai jugak la yg pergi..mana tidaknya..penceramahnya saiful islam aka ustaz hasrizal..ala yg tulis buku AKU TERIMA NIKAHNYA tu…tajuk ceramahnya IMPAK MAKSIMA..KUASA PERCAYA UNTUK BERJAYA..
Apa yg saya dapat dari ceramah tu ialah KITA MESTI PERCAYA PADA DIRI KITA SENDIRI…sedar x sedar sebenarnya memang kita agak kurang yakin pada diri sendiri..dan kita selalu tanamkan monolog2 negatif dlm diri kita cthnya..:
“ ala boleh ke nk jawab soalan economy ni…dah la soalan prof sham..mesti susah” ni la antara monolog2 saya dengan diri sndiri..haha=p hakikatnya kita terlalu byk berfikiran negative..dah tau prof sham punya soalan kadang2 unexpected,so kita mesti la selalu expect the unexpected dengan memenuhkan ilmu di dada dengan membaca journal2 bertimbun2 yg dia bg tu kan..ni awal2 lagi dah give up…mcm mana ALLAH nk tolong kita kalau kita x nk tolong diri kita sendiri betul x??
Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 11: “…..Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri….”
Analogi paling mudah yg beliau berikan ialah SINDROM ANAK GAJAH…Alkisah bermula..masa anak gajah tu kecil,dia telah ditangkap ke zoo dan diikat kakinya dengan rantai besi…biasa la kan,anak2 masa kecil,potensi dirinya tinggi,semua dia nk explore…sama la jugak mcm anak gajah ni..dia nk sangat explore alam sekeliling..cuba punya cuba…dia x dapat nk lepaskan diri sebab kakinya telah diikat..kesian anak gajah…dan akhirnya dia pun berputus asa….
Selepas tujuh tahun..anak gajah tadi tu dah jadi abang gajah( dia dah besar la maksudnya)..tapi dia still terikat dekat rantai besi tu..tapi hakikatnya dia mampu utk melepaskan diri sebab time tu dia dah besar dan kuat..kan??apa la sangat nk dibandingkan rantai yg ikat dia tu dengan kekuatan yg dia ada,mungkin dengan sekali sentap je dia dah boleh larikan diri…so kesimpulannya kat sini,dia nk cerita..sebenarnya KITA SENDIRI YANG MENGHADKAN POTENSI DIRI KITA DAN KITA CEPAT PATAH SEMANGAT…gagal sekali x bererti kita gagal selamanya kan??
YOU ARE WHAT YOU BELIEVE ialah kata semangat yg perlu ada dlm setiap individu…usaha lah semampu boleh sebab bila anda sudah memulakan sesuatu, bermakna anda telah menyiapkan separuh darinya=)
Yakin dengan ALLAH dalam setiap pekerjaan yg kita lakukan..mohon kepadanya moga dipermudahkan segala urusan kita..amin..yakinlah denganNYA dan yakin dengan diri sendiri kerana yakin itu ialah IMAN =)
“KEJAYAAN ITU IALAH SATU PERJALANAN,BUKAN SATU DESTINASI”
“THERE IS NO SECRETE INGREDIENT..YOU JUST HAVE TO BELIEVE ! ” _kungfu panda
p/s: credit to saifulislam.com for the kungfu panda pic..=)
Sunday, March 28, 2010
UNTUKMU PALESTINE
Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu
Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam clnta-Nya
Alhamdulilah..diri ini diberi kesempatan utk ke Konsert Untukmu Palestine tempoh hari ( tq yeopmi hantar kitorang dan tak dilupakan juga pada Kak Ci( isteri abg muadz) yg belanja tiket kitorg..=) )
Sebenarnya kami jadi volunteer utk promote album abang muadz..malam tu..ada shoutul harakah,kumpulan Daie n Muadz datang buat persembahan..kat dewan serbaguna kat masjid wilayah..memang semangat habis la org2 yg pergi sana..x percaya tgk sendiri video yg saya upload 2..=)
Cakap pasal Palestine ni..ingat lagikah kita pada mereka?? Dulu masa kena serang dengan Israel..memang semangat habis..kat masjid2 buat qunut nazilah, boikot itu boikot ini… walaupun sekarang ceritanya tidak sehangat dulu..harap2 saudara2 kita masih di dalam doa kita..amiiin..
Teringat kata-kata seorang sahabat selepas tengok konsert tu, “Rasa2 kalau yahudi dtg serang kita sekarang,time kita dok serononk2 dan terlompat2 semangat menyanyi lagu2 ni..rasa2 kita mampu x nak hadapi yahudi tu??”
Terkedu dan berfikir seketika………………
Teringat kembali pada kata2 seorang ibu yg anak2 nya telah syahid angkara yahudi..”Aku sedih kerana tiada lagi anak2 yang ingin aku hantar utk berjihad” subhanallah tinggi semangat jihad mereka…kita sendiri bagaimana??
ni video abg muadz buat persembahan,maksud hadis yg dia nyanyi ada saya sertakan bawah ni=) silalah beli album yg ori..haha=p
“Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.”
Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”
p/s:cik lina sila study..kamu ada test..ingat sket.

and lonely........