FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

SUDAH TIBA MASANYA~

Sudah tiba masanya untuk mengambil hidup lebih serius.

Sudah tiba masanya untuk menggunakan masa dengan betul.

Sudah tiba masanya menyediakan diri untuk fasa hidup yang lebih mencabar.

Sudah tiba masanya belajar memegang tanggungjawab yang lebih berat.

Sudah tiba masanya untuk sedarkan diri dunia ini hanya jambatan ke akhirat.

Sudah tiba masanya untuk diri berubah.


SUDAH TIBA MASANYA.AYUH BANGUN LINA!!

Saturday, May 14, 2011

Doa Perpisahan



Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


5 tahun.Bukan satu masa yang singkat. Setahun di PASUM, then 4 tahun untuk degree. Dulu umur 18 tahun,sekarang dah 23. "Mak,anak mak dah besar".

Segala kenangan, memori, cerita pahit manis kita, semua tersemat di sini. Ya di sini. Di dalam hati. Rasanya tidak perlu ku ungkapkan betapa tingginya sayang ku terhadap2 sahabat2, berharap jika kita tidak dapat bertemu lagi di lain hari, kita akan ditemukan di Jannah nanti. Diharapkan persahabatan kita tidak akan terputus, walau kita tidak akan selalu bersua muka nanti. Maaf andai pernah melukakan hati. Maaf andai ada yang menangis sebab berkecil hati. Maaf andai ada lidah yang lancang berbicara. Maaf andai ada perlakuan yang tidak sedap di mata. Maaf andai aku tidak pernah menjadi sahabat yang sempurna.





SAHABAT,TERUSKAN PERJUANGAN.




Wednesday, March 16, 2011

Faith~

Luck is like the sand,
You want to hold it in the hand.

No matter how you hold,
It will drop down to the world.

Even if you grip it,
Between your fingers it will fall.

But there's only one way to hold the sand,
It is with the hopeful praying hands.

~The Poem~

Hak cipta terpelihara.









Monday, February 28, 2011

A little girl~


Am i still a little girl?


Tuesday, February 22, 2011

Ini betul-betul,bukan COBAAN~~

Di suatu petang yang aman di ward Psychiatric..
Kata aku dalam hati, "Bestnya suasana kat sini, sejuk dengan aircond nya, ada tv lagi.."
Sambil menunggu seorang sahabat di satu meja di ruang rehat, aku kusyuk membaca buku hadiah dari seseorang, bertajuk "Enjoy Your Life"..


Tiba2 datang seorang pesakit psychiatric,seorang lelaki india dalam lingkungan 50-an mendekati aku..

"Do you have a pen?"

"Erm i dont have, sorry.."


Padahal memang ada sebatang pen dalam kocek labcoat,takkan datang clerk case tak bawa pen pulak kan..dalam hati, "Sorry pakcik,tiada niat nak tipu,cuma agak ragu-ragu nak "layan"..

Pakcik tu berlegar2 lagi di dalam ruang rehat itu,dia bertanya pada setiap org atau dengan perkataan lebih tepat org yang "seangkatan" dengan dia, termasuk nurse yang duduk "berkawal" di situ. Semua buat tak tahu dan cakap tak ada pen.



Tiba2 dia datang duduk semeja dengan ku dengan membawa sebatang pen dan kertas. Mana pulak dia dapat pen tu.Dan bermulalah sesi dialog bersama pakcik tu..




Uncle: "This is private or government hospital?"

Me: "half half"

Uncle: "Oo so half private half government?"

Me: "Yes"

Uncle: "Do you speak in English?"

Me: "erm yaa (dalam hati,bukan tengah speaking london ke ni?haha),but i am not so fluent in English"

Uncle: "So you speak in what languange?"

Me: "Bahasa Malaysia, in Malay (skema ayat=p )"

Uncle: "oo ok, i know linguistic..I can speak Korean,Hindi bla3...(ada kot 10 dia senaraikan)"

Sambil sebutkan bahasa tu, dia tuliskan di atas kertas,tapi dalam kertas tu tertulis NUMBER, dan bukan HURUF! Cth, mulut dia sebut korean, tapi dia tulis 17 di atas kertas!

Uncle: " i know 1..2...3...4..5..bla2 languanges"

Me: "Arabic?"

Uncle: " No no (sambil menggeleng), i just know arabic a little bit"




Uncle: " U are a student here?"

Me: "Yes, Pharmacy student."

Uncle: "oh pharmacy student? (tiba2 dia nampak excited), how many years u need to finish your pharmaceutical study? (wah uncle ni pandai guna word pharmaceutical)"

Me: "4 years, i'm in my final year now"




Tiba2 datang seorang "kawan uncle" dari belakang aku..Aku toleh dan dia senyum dan berkata hye. Then aku hye balik. Terkejut tiba2 dia ada kat belakang, teringat cerita lecturer..




"Jangan biar pesakit ikut belakang kamu..pernah ada kes sebelum ni pesakit ikut belakang MA lepas tu kena tikam dari belakang(fiuh meremang bulu roma dengar cerita ni).Tapi pesakit kat PPUM ni ok,semua still terkawal"



"kawan uncle" datang borak2 dengan uncle sambil2 tulis2 dekat kertas tadi..



kawan uncle: " This is chinese food...bla3"


Banyak jugak la yang mereka borakkan..
Tapi aku perasaan tiba2 uncle tu macam mengantuk ala2 sedated. Dia borak2 dengan kawan dia tapi x dapat detect apa yang dia cakap.
"kawan uncle" pun berlalu pergi..





Uncle: "Kita hidup mesti hati kena bersih, ikhlas..Do not expect balasan dari orang lain, when we do something bad to people, we will get back the bad things"


Aku mengangguk.."Betul.."



Uncle: "Tak apa lah kalau orang buat benda tak baik dekat saya sekali pun (sambil tangan letak ke dada). Saya OK. Tak apa, yang penting hati kena baik"



Aku mengangguk lagi (takkan pakcik ni masuk hospital sebab kena aniaya kot,aku buat hypothesis sendiri =p )




Uncle: " Can u check the credit balance for me? (sambil hulurkan handphone)"

Me: " (Wah wah ada handset rupanya) oh you are using Digi? How to check? i dunno because i'm using Celcom"

Uncle: "just press *126*"


Then aku pun check la balance.."the number u have dialled is not in service"kata operator.


Me: "Wrong number la uncle"


Aku pulangkan balik handphone dia.


Dia membelek2 handphone dan mengecikkan mata sambil berkata, "Can i borrow your spec"


Haa sudaahhh nak pinjam spec aku pulak..


Me: "But the power is not the same.Let me check for you again, may be *126#"

Uncle: "ok2 (dengan muka gembira)"

Me: "11 sen"


Then masa tu uncle tu dah start lali dan TERTIDO! Sambil duduk pulak tu.. sampai meleleh ayaq lioq dia..adei la uncle ni..Uncle ni biaq betul,tengah2 borak boleh tidur pulak


Seorang cleaner lelaki tersenyum ke arah aku..Aku memang perasan dari tadi lagi dia tengok aku borak dengan uncle.Mesti dia pelik kenapa aku layan pakcik tu..


kata aku dalam hati "awat hang senyum?jeles la tu kan aku xborak dengan hang..hahahahha..=p "


Selepas itu, aku letakkan kembali handphone di sebelah uncle itu. Nak kejut say goodbye kesian pulak..


Dan aku pun pulang dengan tersenyum..



Kata aku dalam hati, "Ini betul2 pengalaman yang tidak boleh dibeli"


Pengajaran: JANGAN UNDERESTIMATE seseorang walaupun dia seorang pesakit mental.
mungkin anda akan belajar sesuatu daripada dia. Who knows rite??




ENJOY YOURLIFE_HARGAI ORANG DI SEKELILING ANDA




wasalam wbt ~