FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 28, 2010

DARURAT??

Gambar sekadar hiasan...=)

“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.

“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.

Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.

Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.

PRIHATIN AURAT
“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.

Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.

Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.

Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.

Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.

Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.

MENGAMBIL MUDAH
Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.

Alhamdulillah.

Namun…

Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.

Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.

Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri.

KERANA DARURAT
“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.


Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.

“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.

Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.

‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.

“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.

“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.

“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.

BOLEHKAH?
Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.

“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.

“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.

Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.

“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.

“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.

Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.

BUKAN DARURAT
Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.

“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.

"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.

“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.

Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.

DARURAT YANG SEBENAR
Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

HILANG
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.

Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.



Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.

“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

ORIGINAL ARTICLE : http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/07/zuriat-berkat.html

**sebarang kemusykilan boleh dirujuk di blog di atas..sekadar berkongsi..sekian.=)

Saturday, July 24, 2010

IT'S ME

stress....
and lonely........





better go to sleep now..good nyte everyone.....=(


Friday, July 16, 2010

PART 2:SALAH FAHAM NON-MUSLIM PADA AGAMA ISLAM

A)Tuhan Islam Pilih Kasih

‘’Tuhan Islam pilih kasih! Kenapa ada manusia yg lahir dalam keluarga islam dan ada yg dilahirkan dalam keluarga bukan islam???adilkah begitu??”

“Orang islam masuk syurga, orang bukan islam masuk neraka”


Inilah antara dialog2 yg pernah didengar atau mgkin berlegar2 dalam kepala kita selama ini..

Jawapan:
1) Dalam islam, kita percaya semua lahir dlm keadaan fitrah, terpulang kepada ibu bapa itu sama ada ingin mencorakkannya menjadi seorang muslim/Yahudi/Nasrani atau apa2 sahaja penganut agama di dunia ini.

2) Bukan permulaan kita lahir dalam agama apa yg menjadi persoalan, tetapi kesudahannya kita mati dalam agama apa…. itu yg lebih penting.

Seorang hamba ALLAH, lahir dan dibesarkan dalam keluarga islam dan seorang anak kepada imam..tapi akhirnya kecundang dari jalan yg benar, bertindak untuk keluar dari agama islam..menjadi seorang murtad..lihat! sudah terang lagi bersuluh…permulaannya seorang islam tapi pengakhirannya bkn lagi sebagai seorang islam…sesugguhnya iman tidak dapat diwarisi walau dari seorang ayah yg beriman……

3) Dia menjadikan manusia tidak kiralah sebagai penganut agama apa sekali pun, tujuannya adalah utk menguji kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

“ Sungguh Kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yg bercampur yg kami hendak mengujinya dengan perintah dan larangan, kerana itu Kami jadikannya mendengar dan melihat”(AL-QURAN 9:2)

Manusia diberi akal fikiran utk mencari dari mana asal usul diri..diberi mata utk melihat alam sekeliling..diberi telinga utk mendengar segala jenis ilmu,ilmu tentang dunia atau sesuatu yg ghaib…diberi mata hati utk memilih yg mana hak dan batil…


“Alaaaa tak dapat hidayah lagi la tu…nanti dapat hidayah berubah la dia, masuk islam la dia nanti..”

Jawapan:
Hidayah utk orang tertentu????????
Sebenarnya ALLAH memberikan hidayah utk semua…Cuma terpulang kpd kita sahaja yg memilih utk menerima hidayah itu,atau utk menolaknya dgn mentah2..hidayah pula datang dlm pelbagai bentuk..mgkin seseorang itu mendapat hidayah melalui pengamatan alam sekitar, mengkaji ilmu sains atau dengan fitrah atau naluri kita sendiri yg meronta2 ingin mencari kebenaran…

Ingatlah bahawa ALLAH akan dekat dengan kita jika kita dekat denganNya..

“Aaaaaa cakap senang la…habis kau ingat senang ke kalau lahir dalam keluarga bukan islam nk tau pasal islam?? Siapa yg nak terangkan islam kata aku??Kau tak apa la,celik2 mata ja memang dalam keluarga islam”

Jawapan:
“ Barang siapa berbuat sesuai dgn petunjuk ALLAH, maka sesungguhnya itu utk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa tersesat maka sesungguhnya(kerugian) itu bagi dirinya sendiri. Dan seorang yg berdosa tidak memikul dosa orang lain, tetapi Kami tidak menyiksa sebelum Kami mengutus seorang Rasul" (AL-QURAN 17:15)

Sudah terang ayat di atas menyatakan ALLAH tidak akan menghukum seseorang sebelum Dia menghantar utusan atau Rasulnya utk sesuatu kaum… Allah hanya mempertangggjawabkan kita sekadar apa yg kita tahu sahaja..dia tidak akan menghukum sesuatu yg kita tidak tahu.kalau A yg kita tahu, A sahaja yg akan dipersoalkan nanti...tapi sebenarnya tak logik juga la kalau nak kata susah nak tau pasal islam zaman sekarang.. bak kata seorang ustaz..
“Duduk dalam kelambu pun boleh tau pasal agama islam, tak payah p jauh2..
Mana tak nya, dah ada tv, radio, internet,semua di hujung jari…nak atau tak nak je kan??”



B) Ah Chong baik, Ali Jahat

“Ah Chong tu baik,banyak tolong orang,tapi dia kafir.dia tetap masuk neraka..Ali pula orang islam tapi dia jahaat, perogol, mat rempit, dia tetap masuk syurga”


Sound familiar??seperti tidak adil kan??Ini antara perkara yg dipersoal oleh non-muslim..

Jawapan yg adil utk diberikan kepada non-muslim :
1) Bukan saya yg tentukan siapa yg masuk syurga atau neraka

2) Kalau saya mati sekarang,saya pun xjamin saya akan masuk ke syurga atau neraka

3) Kafir??apa mksud kafir??kafir berasal dari kafara iaitu “ to deny/to reject”

Tidak akan timbul soal siapa yg kafir/menolak islam jika penerangan yg betul tentang islam tidak diterima dengan jelas oleh mereka.Jadi ini lah tanggngjawab kita, menerangkan islam yg sebenar kepada mereka, bkn hanya menghukum kafir secara membuta tuli.

4) Bagi orang islam, dosa yg terbesar ialah syirik kepada ALLAH iaitu menyembah selain ALLAH..Buatlah sebesar-besar kebajikan tetap jika kamu syirik(tidak berpegang bahawa ALLAH itu tuhan yg satu) dan tidak bertaubat, kebajikan yg dibuat tidak akan diterima.

Analogi:
Ali mengambil 15 subjek SPM, semua dapat A tapi gagal subjek wajib, dia dikira lulus atau gagal?? Gagal lah kan sebab subjek teras/tunjangnya gagal...


renung2kan dan selamat beramal =)






kenangan hari terakhir FCR fasa 1..bergambar bersama sahabat2 um dan brother shah kirit..antara kenangan yg terindah..esk akan bermula fasa 2 selama 2 hari.insyaallah..=)

Sunday, May 23, 2010

AL-QURAN SAINTIFIK

KEJADIAN BAYI

" Kemudian air mani itu kami jadikan sesuatu yg melekat, lalu sesuatu yg melekat itu Kami jadikan segumpal daging , dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang , lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk yg ( berbentuk lain) Maha Suci ALLAH, Pencipta yg paling baik.": Al-mukminun 23:14.

“Then We made the Sperm into a Clot of Congealed Blood; then of that clot We made a (Fetus) lump; then We made out of that lump Bones and clothed the Bones with flesh ”Al-mukminun 23:14.


Nutfah: Bermaksud jumlah yg sedikit. dan ini bermaksud sedikit sahaja air mani yg diperlukan utk kejadian bayi. Justeru perkataan ini berkaitan dgn benih sperma krna ia adalah bahagian yg sedikit drpd air mani yg diperlukan bg persenyawaan.

Nutfah amsyaj ( Surah al-insan ayat 2): bermaksud nutfah yg bercampur. Pada hari ini Sains telah membuktikan bahawa kejadian manusia bermula dengan percantuman benih lelaki/sperma yg terdapat dlm air mani dan benih wanita/ovum yg terdapat dlm cecair/fluid dlm ovari.

Alaqah: mempunyi 3 maksud iaitu segumpal darah, lintah dan suatu yg melekat.



Mudghah: bermaksud daging yg dikunyah. Imam Qurtubi dlm al-jamik li Ahkamil Quran menafsirkan bhwa " daging yg sedikit yg sebahagian drpdnya telah dikunyah"




Kemudian tulang itu diselimuti daging, embrio berubah menjadi bentuk manusia,berbeza dari rupa bentuk sebelumnya yg menyerupai lintah dan daging yg dikunyah. Selepas itu roh ditiup dan dan pancaidera dikurniakan.

" Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati tetapi sedikit sekali kamu bersyukur" (As-sajadah 32:9)





BENTUK BUMI

" Dan setelah itu bumi dia hamparkan" ( Surah an-nazi'at 79:30)
“And the earth, moreover, Hath He made egg shaped [dahaha].” ( Surah an-nazi'at 79:30)


Said Hawa dalam al-Asas fi al-Tafsir berkata penggunaan perkataan daha menampakkan mengenai mukjizat AL-Quran . Daha dlm bahasa arab melambangkan sesuatu yg bulat seperti bola. Justeru org2 arab menamakan telur burung unta yg ditimbusi pasir sbgai udhiyyah dan udhuwwah. Perkataan ini berasal dri perkataan daha. Justeru apabila ALLAH menggunakan perkataan daha semasa menceritakan kejadian bumi, ia menampakkan bumi dicipta seperti telur burung unta.


BULAN DAN MATAHARI BERGERAK PADA ORBIT MASING MASING.

Dulu kita belajar matahari tak bergerak, statik kan..tapi lihatlah ayat di bawah....matahri sebenarya bergerak!..SUBHANALLAH..segalanya telah diterangkan dlm al quran 1400 tahun dahulu...

"Tidakkah mungkin bg matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya" (Yasin 36:40)

“It is not permitted to the Sun to catch up the Moon, Nor can the Night outstrip the Day: each (just) swims along in (its own) Orbit (according to Law)” (Yasin 36:40)







p/s: SUBHANALLAH.......

* credit to brother shah kirit ( friendly comparative religion), Buku Al-Quran Saintifik karya DR Danial Zainal Abidin..



Saturday, May 22, 2010

::MUSIBAH::

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIIM.....

Ujian
terbahagi kpada 2 iaitu nikmat dan musibah.

Apa itu musibah??
Segala sesuatu yg tidak disukai manusia iaitu berupa kematian,kesakitan ,kemiskinan, ketakutan , kegagalan, kesedihan bencana dan lain-lain.
Berbentuk negatif.

TSUNAMI 26 DISEMBER 2004

Jenis :Bala

Bila?:Apabila orang yg jahat melakukan kejahatan.

Tujuan: Dihina di dunia sebelum dihina di akhirat.

Contoh: Umat Nabi Nuh yg ditenggelamkan banjir, Firaun yg ditenggalamkan di Laut Merah, Namrud yg dibunuh nyamuk, Qarun yg ditelan bumi adalah antara mereka yg ditimpa bala di dunia lagi sebelum diseksa di akhirat.

Firman ALLAH:
'Dan jika mereka berpaling, nesacya ALLAH akan azab mereka dengan azab yg pedih di dunia dan akhirat'(surah At-taubah 9: 74)

'Maka masing-masing (mereka) Kami seksa disebabkan dosanya,maka antara mereka Kami kirimkan kepadanya hujan batu kerikil dan ada antara mereka yg ditimpa letupan suara yg menggempakan bumi, dan ada yg Kami tenggelamkan dalam laut, dan ingatlah ALLAH sesekali tidak menganiaya mereka,akan tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri.' ( Surah Al-ankabut 29:40)

'Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan( yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan'. (surah al-anbiya 21:35)



Jenis:Ibtila'

Bila?: Orang yg baik melakukan kebaikan.

Tujuan:Tanda kasih sayang ALLAH kepada hambanya yg taat supaya seseorang itu akan mendapat pahala berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi ALLAH.

Contohnya: Bentuk ujian yg berlaku dlm kalangan para rasul ditingkatkan kp ulul azmi ( Nabi Muhammad, Nuh, Musa, Ibrahin dan Nabi Isa)

Firman ALLAH:
'Apakah patut kamu menyangka bhwa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kpda kamu (ujian) penderitaan sebagaimana yg dideritai org terdahulu drpd kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan mereka diancam bahaya sehinggalah Rasul dan org beriman bersamanya merintih : 'Bilakah datangnya pertolongan ALLAH?'( Surah al baqarah 2:214)

Utk orang yg bersabar: ALLAH menjanjikan: 'Sesungguhnya org yg sabar itu diganjari dengan pahala tanpa dihisab' ( Surah AL-zumar 39:10)



Jenis: Kafarah

Bila? : Berlaku ketika org yg baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu

Tujuan: Sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang mukmin. Diturunkan sebagai "tebusan" utk menghapuskan dosa dan keterlanjuran itu.

Firman ALLAH: 'Dan Kami (ALLAH) timpakan kpd mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yg benar' (Surah Az-zukhruf 43: 48)


" Sesunggunya besarnya pahala diukur dgn besarnya ujian, dan apabila ALLAH suka akan kaum itu, maka mereka diuji. Jika mereka redha, maka ALLAH redha dan jika dia marah, ALLAH pun marah kepadanya" ( riwayat Tirmizi no 2396)


p/s:dipetik dari majalah SOLUSI isu 19.....