FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

A little girl~


Am i still a little girl?


Tuesday, February 22, 2011

Ini betul-betul,bukan COBAAN~~

Di suatu petang yang aman di ward Psychiatric..
Kata aku dalam hati, "Bestnya suasana kat sini, sejuk dengan aircond nya, ada tv lagi.."
Sambil menunggu seorang sahabat di satu meja di ruang rehat, aku kusyuk membaca buku hadiah dari seseorang, bertajuk "Enjoy Your Life"..


Tiba2 datang seorang pesakit psychiatric,seorang lelaki india dalam lingkungan 50-an mendekati aku..

"Do you have a pen?"

"Erm i dont have, sorry.."


Padahal memang ada sebatang pen dalam kocek labcoat,takkan datang clerk case tak bawa pen pulak kan..dalam hati, "Sorry pakcik,tiada niat nak tipu,cuma agak ragu-ragu nak "layan"..

Pakcik tu berlegar2 lagi di dalam ruang rehat itu,dia bertanya pada setiap org atau dengan perkataan lebih tepat org yang "seangkatan" dengan dia, termasuk nurse yang duduk "berkawal" di situ. Semua buat tak tahu dan cakap tak ada pen.



Tiba2 dia datang duduk semeja dengan ku dengan membawa sebatang pen dan kertas. Mana pulak dia dapat pen tu.Dan bermulalah sesi dialog bersama pakcik tu..




Uncle: "This is private or government hospital?"

Me: "half half"

Uncle: "Oo so half private half government?"

Me: "Yes"

Uncle: "Do you speak in English?"

Me: "erm yaa (dalam hati,bukan tengah speaking london ke ni?haha),but i am not so fluent in English"

Uncle: "So you speak in what languange?"

Me: "Bahasa Malaysia, in Malay (skema ayat=p )"

Uncle: "oo ok, i know linguistic..I can speak Korean,Hindi bla3...(ada kot 10 dia senaraikan)"

Sambil sebutkan bahasa tu, dia tuliskan di atas kertas,tapi dalam kertas tu tertulis NUMBER, dan bukan HURUF! Cth, mulut dia sebut korean, tapi dia tulis 17 di atas kertas!

Uncle: " i know 1..2...3...4..5..bla2 languanges"

Me: "Arabic?"

Uncle: " No no (sambil menggeleng), i just know arabic a little bit"




Uncle: " U are a student here?"

Me: "Yes, Pharmacy student."

Uncle: "oh pharmacy student? (tiba2 dia nampak excited), how many years u need to finish your pharmaceutical study? (wah uncle ni pandai guna word pharmaceutical)"

Me: "4 years, i'm in my final year now"




Tiba2 datang seorang "kawan uncle" dari belakang aku..Aku toleh dan dia senyum dan berkata hye. Then aku hye balik. Terkejut tiba2 dia ada kat belakang, teringat cerita lecturer..




"Jangan biar pesakit ikut belakang kamu..pernah ada kes sebelum ni pesakit ikut belakang MA lepas tu kena tikam dari belakang(fiuh meremang bulu roma dengar cerita ni).Tapi pesakit kat PPUM ni ok,semua still terkawal"



"kawan uncle" datang borak2 dengan uncle sambil2 tulis2 dekat kertas tadi..



kawan uncle: " This is chinese food...bla3"


Banyak jugak la yang mereka borakkan..
Tapi aku perasaan tiba2 uncle tu macam mengantuk ala2 sedated. Dia borak2 dengan kawan dia tapi x dapat detect apa yang dia cakap.
"kawan uncle" pun berlalu pergi..





Uncle: "Kita hidup mesti hati kena bersih, ikhlas..Do not expect balasan dari orang lain, when we do something bad to people, we will get back the bad things"


Aku mengangguk.."Betul.."



Uncle: "Tak apa lah kalau orang buat benda tak baik dekat saya sekali pun (sambil tangan letak ke dada). Saya OK. Tak apa, yang penting hati kena baik"



Aku mengangguk lagi (takkan pakcik ni masuk hospital sebab kena aniaya kot,aku buat hypothesis sendiri =p )




Uncle: " Can u check the credit balance for me? (sambil hulurkan handphone)"

Me: " (Wah wah ada handset rupanya) oh you are using Digi? How to check? i dunno because i'm using Celcom"

Uncle: "just press *126*"


Then aku pun check la balance.."the number u have dialled is not in service"kata operator.


Me: "Wrong number la uncle"


Aku pulangkan balik handphone dia.


Dia membelek2 handphone dan mengecikkan mata sambil berkata, "Can i borrow your spec"


Haa sudaahhh nak pinjam spec aku pulak..


Me: "But the power is not the same.Let me check for you again, may be *126#"

Uncle: "ok2 (dengan muka gembira)"

Me: "11 sen"


Then masa tu uncle tu dah start lali dan TERTIDO! Sambil duduk pulak tu.. sampai meleleh ayaq lioq dia..adei la uncle ni..Uncle ni biaq betul,tengah2 borak boleh tidur pulak


Seorang cleaner lelaki tersenyum ke arah aku..Aku memang perasan dari tadi lagi dia tengok aku borak dengan uncle.Mesti dia pelik kenapa aku layan pakcik tu..


kata aku dalam hati "awat hang senyum?jeles la tu kan aku xborak dengan hang..hahahahha..=p "


Selepas itu, aku letakkan kembali handphone di sebelah uncle itu. Nak kejut say goodbye kesian pulak..


Dan aku pun pulang dengan tersenyum..



Kata aku dalam hati, "Ini betul2 pengalaman yang tidak boleh dibeli"


Pengajaran: JANGAN UNDERESTIMATE seseorang walaupun dia seorang pesakit mental.
mungkin anda akan belajar sesuatu daripada dia. Who knows rite??




ENJOY YOURLIFE_HARGAI ORANG DI SEKELILING ANDA




wasalam wbt ~