FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 1, 2011

SUDAH TIBA MASANYA~

Sudah tiba masanya untuk mengambil hidup lebih serius.

Sudah tiba masanya untuk menggunakan masa dengan betul.

Sudah tiba masanya menyediakan diri untuk fasa hidup yang lebih mencabar.

Sudah tiba masanya belajar memegang tanggungjawab yang lebih berat.

Sudah tiba masanya untuk sedarkan diri dunia ini hanya jambatan ke akhirat.

Sudah tiba masanya untuk diri berubah.


SUDAH TIBA MASANYA.AYUH BANGUN LINA!!

Saturday, May 14, 2011

Doa Perpisahan



Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


5 tahun.Bukan satu masa yang singkat. Setahun di PASUM, then 4 tahun untuk degree. Dulu umur 18 tahun,sekarang dah 23. "Mak,anak mak dah besar".

Segala kenangan, memori, cerita pahit manis kita, semua tersemat di sini. Ya di sini. Di dalam hati. Rasanya tidak perlu ku ungkapkan betapa tingginya sayang ku terhadap2 sahabat2, berharap jika kita tidak dapat bertemu lagi di lain hari, kita akan ditemukan di Jannah nanti. Diharapkan persahabatan kita tidak akan terputus, walau kita tidak akan selalu bersua muka nanti. Maaf andai pernah melukakan hati. Maaf andai ada yang menangis sebab berkecil hati. Maaf andai ada lidah yang lancang berbicara. Maaf andai ada perlakuan yang tidak sedap di mata. Maaf andai aku tidak pernah menjadi sahabat yang sempurna.





SAHABAT,TERUSKAN PERJUANGAN.




Tuesday, May 10, 2011

Paradox Of Life

We said we believe and fear God,
But we live this life like there is no Lord.

We said we hear, we obey,
But when God tell us to obey, we say nay.

We said we don't know if there is tomorrow,
But we always forgot this world is borrowed.

We know all things Islam wanted,
But we take it all for granted.

We know there are many bad deeds in our farm,
But we rationalize our action, "What's wrong? There is no harm!"

We know sooner or later we will die,
But we let ourselves to be in all worldly lies.

Do we really believe in what we hold?
Or we just like to talk bold?

We said we want to go to heaven, for the final place our bodies to lie.
But we love this world, keep doing sins, and don't want to die.

Do we believe and happy to meet Allah?
If yes, prepare ourselves. He is waiting for us happily in Jannah.

One last thing. Don't let ourselves to be in this paradox situation,
Or else, we are getting closer to perdition.

You decide, you act.


By The Poem

Sunday, April 17, 2011

Bersediakah aku?

assalamualaikum...fuh fuh fuh...berhabuk dah blog ni..lama betul dah tak update.

Banyak sangat benda yang berlaku sampai tak tercerita.Terlalu banyak.

Yang pasti lagi sebulan,saya akan menamatkan pengajian di UM. Time is running so fast,rasa macam baru saja jadi first year dan kena orientate dengan seniors.

Lepas ni, bermula lah FASA-FASA baru dalam hidup. Saya tahu yang dunia sebenar tak seperti dunia masa jadi student. Dunia di luar sana ialah dunia realiti.Ye realiti. Dan saya tak tahu macam mana saya harus hadapainya. Jadi mulai sekarang, saya harus belajar untuk menghadapi semua tu.


  1. Kena pandai bawa diri. Berani untuk katakan "TIDAK" untuk perkara yang TIDAK boleh dan TIDAK perlu dilakukan.
  2. Sentiasa ingatkan diri tentang dunia di luar hanya indah khabar dari rupa.
  3. Saddu Zaraie iaitu menutup pintu kerosakan ataupun pintu-pintu yang boleh membawa kepada maksiat.
  4. Mengingatkan diri jika terpengaruh dengan rakan-rakan, rakan sekerja atau sesiapa sahaja yang melakukan perkara yang dilarang ALLAH, mereka sedikit pun tidak dapat membantu anda di hadapan ALLAH swt kelak. Anda yang akan bertanggungjawab atas diri anda sendiri.
  5. Jangan mudah putus asa jika anda ingin berubah untuk menjadi lebih baik. Mungkin anda akan tertekan dengan orang-orang di sekeliling yang sudah biasa dengan keadaan anda "seadanya", biarkan mereka, kerana anda mempunyai hak ke atas diri anda sendiri.
  6. Beringat tentang status diri samada anda suami atau isteri orang.

Key question before you do anything. Ask yourself, DO YOU WANT TO PLEASE ALLAH or SYAITAN??



"Ya ALLAH berikan kekuatan kepada kami untuk menempuhi kehidupan di luar sana. Amiin.."

Semoga ALLAH permudahkan urusan (^.^)v...jumpa lagi..wasalam wbt.

Wednesday, March 16, 2011

Faith~

Luck is like the sand,
You want to hold it in the hand.

No matter how you hold,
It will drop down to the world.

Even if you grip it,
Between your fingers it will fall.

But there's only one way to hold the sand,
It is with the hopeful praying hands.

~The Poem~

Hak cipta terpelihara.









Monday, February 28, 2011

A little girl~


Am i still a little girl?


Tuesday, February 22, 2011

Ini betul-betul,bukan COBAAN~~

Di suatu petang yang aman di ward Psychiatric..
Kata aku dalam hati, "Bestnya suasana kat sini, sejuk dengan aircond nya, ada tv lagi.."
Sambil menunggu seorang sahabat di satu meja di ruang rehat, aku kusyuk membaca buku hadiah dari seseorang, bertajuk "Enjoy Your Life"..


Tiba2 datang seorang pesakit psychiatric,seorang lelaki india dalam lingkungan 50-an mendekati aku..

"Do you have a pen?"

"Erm i dont have, sorry.."


Padahal memang ada sebatang pen dalam kocek labcoat,takkan datang clerk case tak bawa pen pulak kan..dalam hati, "Sorry pakcik,tiada niat nak tipu,cuma agak ragu-ragu nak "layan"..

Pakcik tu berlegar2 lagi di dalam ruang rehat itu,dia bertanya pada setiap org atau dengan perkataan lebih tepat org yang "seangkatan" dengan dia, termasuk nurse yang duduk "berkawal" di situ. Semua buat tak tahu dan cakap tak ada pen.



Tiba2 dia datang duduk semeja dengan ku dengan membawa sebatang pen dan kertas. Mana pulak dia dapat pen tu.Dan bermulalah sesi dialog bersama pakcik tu..




Uncle: "This is private or government hospital?"

Me: "half half"

Uncle: "Oo so half private half government?"

Me: "Yes"

Uncle: "Do you speak in English?"

Me: "erm yaa (dalam hati,bukan tengah speaking london ke ni?haha),but i am not so fluent in English"

Uncle: "So you speak in what languange?"

Me: "Bahasa Malaysia, in Malay (skema ayat=p )"

Uncle: "oo ok, i know linguistic..I can speak Korean,Hindi bla3...(ada kot 10 dia senaraikan)"

Sambil sebutkan bahasa tu, dia tuliskan di atas kertas,tapi dalam kertas tu tertulis NUMBER, dan bukan HURUF! Cth, mulut dia sebut korean, tapi dia tulis 17 di atas kertas!

Uncle: " i know 1..2...3...4..5..bla2 languanges"

Me: "Arabic?"

Uncle: " No no (sambil menggeleng), i just know arabic a little bit"




Uncle: " U are a student here?"

Me: "Yes, Pharmacy student."

Uncle: "oh pharmacy student? (tiba2 dia nampak excited), how many years u need to finish your pharmaceutical study? (wah uncle ni pandai guna word pharmaceutical)"

Me: "4 years, i'm in my final year now"




Tiba2 datang seorang "kawan uncle" dari belakang aku..Aku toleh dan dia senyum dan berkata hye. Then aku hye balik. Terkejut tiba2 dia ada kat belakang, teringat cerita lecturer..




"Jangan biar pesakit ikut belakang kamu..pernah ada kes sebelum ni pesakit ikut belakang MA lepas tu kena tikam dari belakang(fiuh meremang bulu roma dengar cerita ni).Tapi pesakit kat PPUM ni ok,semua still terkawal"



"kawan uncle" datang borak2 dengan uncle sambil2 tulis2 dekat kertas tadi..



kawan uncle: " This is chinese food...bla3"


Banyak jugak la yang mereka borakkan..
Tapi aku perasaan tiba2 uncle tu macam mengantuk ala2 sedated. Dia borak2 dengan kawan dia tapi x dapat detect apa yang dia cakap.
"kawan uncle" pun berlalu pergi..





Uncle: "Kita hidup mesti hati kena bersih, ikhlas..Do not expect balasan dari orang lain, when we do something bad to people, we will get back the bad things"


Aku mengangguk.."Betul.."



Uncle: "Tak apa lah kalau orang buat benda tak baik dekat saya sekali pun (sambil tangan letak ke dada). Saya OK. Tak apa, yang penting hati kena baik"



Aku mengangguk lagi (takkan pakcik ni masuk hospital sebab kena aniaya kot,aku buat hypothesis sendiri =p )




Uncle: " Can u check the credit balance for me? (sambil hulurkan handphone)"

Me: " (Wah wah ada handset rupanya) oh you are using Digi? How to check? i dunno because i'm using Celcom"

Uncle: "just press *126*"


Then aku pun check la balance.."the number u have dialled is not in service"kata operator.


Me: "Wrong number la uncle"


Aku pulangkan balik handphone dia.


Dia membelek2 handphone dan mengecikkan mata sambil berkata, "Can i borrow your spec"


Haa sudaahhh nak pinjam spec aku pulak..


Me: "But the power is not the same.Let me check for you again, may be *126#"

Uncle: "ok2 (dengan muka gembira)"

Me: "11 sen"


Then masa tu uncle tu dah start lali dan TERTIDO! Sambil duduk pulak tu.. sampai meleleh ayaq lioq dia..adei la uncle ni..Uncle ni biaq betul,tengah2 borak boleh tidur pulak


Seorang cleaner lelaki tersenyum ke arah aku..Aku memang perasan dari tadi lagi dia tengok aku borak dengan uncle.Mesti dia pelik kenapa aku layan pakcik tu..


kata aku dalam hati "awat hang senyum?jeles la tu kan aku xborak dengan hang..hahahahha..=p "


Selepas itu, aku letakkan kembali handphone di sebelah uncle itu. Nak kejut say goodbye kesian pulak..


Dan aku pun pulang dengan tersenyum..



Kata aku dalam hati, "Ini betul2 pengalaman yang tidak boleh dibeli"


Pengajaran: JANGAN UNDERESTIMATE seseorang walaupun dia seorang pesakit mental.
mungkin anda akan belajar sesuatu daripada dia. Who knows rite??




ENJOY YOURLIFE_HARGAI ORANG DI SEKELILING ANDA




wasalam wbt ~

Friday, January 14, 2011

Saya sayang kalian~







Lagu yang akan dinyanyikan oleh final years masa PHARMNITE 2011



Remember the days, we set out together with faith?
Remember the times, so fine, when we thought that
Nothing could stand in our way?

Then things weren't the same, the life that we knew had to change
We've struggled through, the darkest storms
We thought we couldn't tame

Together we've tried, as we stood side by side
I knew we'd build a new world
A world of hope for ever after

Deep in my heart I just know
Right from the start, we will grow
Look where we are, we've come so far
And there's still a long, long way to go

With all of my heart, I will care
I'll play my part, I will share
With family and friends, together we'll stand
And in the end, hand in hand
We will get there

So now we begin, working together to win
Believing in trust, it must
Be possible to overcome anything

There's so much to do, there's so much we can contribute
By sharing just a little love
We will start again anew

So why don't we try? If we stand side by side
I know we'll build a new world
A world of hope for ever after

Deep in my heart I just know
Right from the start, we will grow
Look where we are, we've come so far
And there's still a long, long way to go








Saya rasa saya sudah jatuh hati dengan lagu ini,terutamanya bahagian chorus tu.


Masa rehearsal tadi, lagu ni dimainkan berulang-ulang kali. Ketika semua orang sibuk dengan aktiviti masing2, saya menatap bait2 lirik ni. Dan tanpa saya sedar, air mata saya bergenang. Ya saya menangis. Saya sangat tersentuh dengan lirik ini, sambil mengimbau kembali kenangan bersama sahabat2 farmasi. 4 tahun,bukan satu masa yang singkat. Pelbagai kenangan bermain2 di mata saya. Kenangan manis, pahit, kenangan gila2, gelak ketawa, stress thesis, exam, projek itu dan ini. Terlalu banyak kenangan. TERLALU BANYAK. Semua bercampur aduk menjadi SATU. Dan saya pasti suatu hari nanti, kita bakal berpisah. Dan hari itu pasti tiba, beberapa bulan sahaja lagi. Selepas itu, semua akan membawa haluan masing2. BAGAIMANA SAYA AKAN MENGAHADAPI HARI ITU?? Saat berpisah dengan kalian semua..saya tidak dapat membayangkannya.




Saya tahu perjalanan ini masih panjang dan ini baru satu permulaan. Bagaimana hidup saya nanti tanpa kalian semua. Pada siapa saya akan ceritakan rahsia saya?Pada siapa saya akan kongsi kegembiraan saya? Siapa yang akan memberikan semangat kepada saya jika saya down?Siapa yang akan menjadi pendengar setia saya di kala saya keseorangan?Siapa yang akan jadi geng gila2 kalau mood tak betul datang?SIAPA?? Apa yang saya pasti, SAYA SAYANG KALIAN SEMUA. Dan saya juga pasti, saya akan RINDUKAN kalian. YA PASTI.


Semoga menjadi pharmacist berjaya ya!!

maaf jika saya gagal menjadi sahabat yang baik buat kalian ='(

Sunday, January 9, 2011

SAYA GEMBIRA~

SAYA GEMBIRA, BILA SAYA JADI DIRI SAYA SENDIRI =)

Saturday, January 1, 2011

A Token of Friendship

Surprise!!


HAPPY!!



Got a gift from a friend!


Tadaaaaaaaaaa!!



THANK YOU FRIEND!

It is cute isn't it??




MAY ALLAH BLESS OUR FRIENDSHIP





P/S: broom + big brown insect?? *fainted!*