FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 17, 2011

Bersediakah aku?

assalamualaikum...fuh fuh fuh...berhabuk dah blog ni..lama betul dah tak update.

Banyak sangat benda yang berlaku sampai tak tercerita.Terlalu banyak.

Yang pasti lagi sebulan,saya akan menamatkan pengajian di UM. Time is running so fast,rasa macam baru saja jadi first year dan kena orientate dengan seniors.

Lepas ni, bermula lah FASA-FASA baru dalam hidup. Saya tahu yang dunia sebenar tak seperti dunia masa jadi student. Dunia di luar sana ialah dunia realiti.Ye realiti. Dan saya tak tahu macam mana saya harus hadapainya. Jadi mulai sekarang, saya harus belajar untuk menghadapi semua tu.


  1. Kena pandai bawa diri. Berani untuk katakan "TIDAK" untuk perkara yang TIDAK boleh dan TIDAK perlu dilakukan.
  2. Sentiasa ingatkan diri tentang dunia di luar hanya indah khabar dari rupa.
  3. Saddu Zaraie iaitu menutup pintu kerosakan ataupun pintu-pintu yang boleh membawa kepada maksiat.
  4. Mengingatkan diri jika terpengaruh dengan rakan-rakan, rakan sekerja atau sesiapa sahaja yang melakukan perkara yang dilarang ALLAH, mereka sedikit pun tidak dapat membantu anda di hadapan ALLAH swt kelak. Anda yang akan bertanggungjawab atas diri anda sendiri.
  5. Jangan mudah putus asa jika anda ingin berubah untuk menjadi lebih baik. Mungkin anda akan tertekan dengan orang-orang di sekeliling yang sudah biasa dengan keadaan anda "seadanya", biarkan mereka, kerana anda mempunyai hak ke atas diri anda sendiri.
  6. Beringat tentang status diri samada anda suami atau isteri orang.

Key question before you do anything. Ask yourself, DO YOU WANT TO PLEASE ALLAH or SYAITAN??



"Ya ALLAH berikan kekuatan kepada kami untuk menempuhi kehidupan di luar sana. Amiin.."

Semoga ALLAH permudahkan urusan (^.^)v...jumpa lagi..wasalam wbt.