FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

Mereka insan hebat!

assalamualaikum..

Setiap kali melawat ke blog sendiri, mata ini pasti akan tercari-cari update dari insan yg bernama UMMU HUSNA.Siapa UMMU HUSNA??Saya pasti ramai yang mengenalinya.Beliau ialah zaujah kepada seorang ustaz yang terkenal terutama dalam bab-bab kewangan islam.Siapa lagi kalau bukan Ustaz Zaharuddin.

Saya sangat terkesan dengan penulisan beliau. Mata tidak akan jemu membaca penulisan beliau,sekali baca pasti nak lagi dan lagi.Beliau gemar menulis dalam bentuk cerita dan itu yang menjadikannya menarik.

Bahagian yang paling saya suka ialah pendekatan beliau dan suami mendidik anak-anak mereka. HEBAT! Sangat kreatif !Pasti ada saja idea-idea yang bernas. Dan apa yang paling penting, cara yang digunakan bukan sahaja applicable untuk anak-anaknya tetapi juga untuk kita sebagai orang dewasa,contohnya ini.

Ibu bapa yang hebat pasti melahirkan anak yang hebat bukan??Jika benihnya baik,buahnya pasti juga akan baik.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". (dipetik dari iluvislam)


Cerita di atas juga persis cerita Luqman al-hakim di mana dia berkata " Aku mendidik anakku 15 tahun sebelum anak itu dilahirkan".


Nah!!! Maksudnya mereka mendidik diri mereka sendiri sebelum mendidik anak mereka.HEBAT bukan?? Semuanya harus bermula dengan diri sendiri dahulu. Takkan nak jadi macam ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri pun berjalan senget.Mendidik anak itu bukan mudah, setiap anak perlu dididik mengikut acuan masing-masing (terbukti dengan melihat cara ibu saya mendidik kami).Dalam setandan pisang itu kadang-kadang bukan semuanya elok kan?


Bertuah Ummu husna mendapat seorang zauj yang hebat, yang dapat bersama-sama berjuang mendidik anak-anak khususnya dan berjuang untuk agama secara am nya..(sedikit cemburu =p)


Wasiat di bawah boleh digunakan nanti untuk mendidik anak-anak, dan paling penting untuk DIRI SENDIRI.



Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang ertinya sebagai berikut (dipetik dari sini):

1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.

2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandongnya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): "Hendaklah engkau bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali.

3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan.

4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dibumi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya allah maha halus lagi maha mengetahui".

5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (allah).

6. Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.




Liyana Rosyada,adik yang nakal.poning eden


p/s: Ya Allah kurniakanku pasangan hidup dan anak-anak sebagai penyejuk di mata dan jadikanlah aku pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa..amiin Ya Rab.

ini sudah terlalu jauh

ini sudah terlalu jauh...

pangkalnya terlalu jauh, hujungnya belum kelihatan..


harus berpatah balik...

atau meneruskan perjalanan??


hanya satu jalan yg harus dipilih..




“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”Surah Al-Baqarah Ayat 216


tanya padaNYA..kerana pada DIA ada jawapan TERBAIK...=)



Wednesday, December 8, 2010

apa budak farmasi buat selepas habis exam??

assalamualaikum semuaaaaaaaa....yeay hari ni cik pelangi dah habis exam,alhamdulillah~


Selalu tiap2 malam minggu exam mengadap buku,tapi bila dah habis exam,xtau dah nak buat apa..semua kawan2 keluar berjalan2 melepaskan lelah atau dengan bahasa yang lebih tepat meng"qada" masa yang telah diperuntukkan menghadap buku sampai pening dengan aktiviti yang boleh menghilangkan stress akibat tekanan exam @.@

Disebabkan sudah habis segala buku pharmacy dikhatam di kala exam,maka cik pelangi melangkah ke bilik seorang kawan ni utk menggeledah apa2 sahaja yg boleh mengisi masa lapang malam ni...


cuba teka apa yang saya jumpa??????????teka teka teka....!!!saya jumpa ilmu baru hari ini!! sangat best..hehe..


percaya atau tidak saya sudah berjaya mengkhatam 2 buah buku dental malam ni..(khatam dengan melihat gambar bukan khatam dengan membaca dengan kusyuk..=p )

apa yang saya belajar malam ni???


ok lets check it out..




Satu:

Attrition of teeth

Attrition of teeth iaitu gigi bergesel dengan gigi di bawah sedar seseorang contohnya di kala tidur..sampai terhakis sikit demi sikit..ee ngilu nya...
teringat cerita seorang sahabat kepada saya: "aku takut la malam2 tidur dengan dia nanti mesti gigi dia bunyi "srek srek srek"...oh rupanya bunyi "srek srek srek" itu bukan dibuat tetapi terjadi di kala orang itu tidak sedar..huhu..(agak menakutkan jika terdengar bunyi mcm tu tengah2 malam =p )




Dua:
terdesak2 boleh jual =p


letak crown kat gigi iaitu dengan menggunakan metal contohnya emas atau porselin utk kembalikan bentuk gigi yang asal atau selepas buat rawatan akar gigi..



Tiga:

berus gigi jangan macam berus baju


abrasion of teeth kalau anda memberus gigi terlalu kuat mcm abg kat atas ni



ok itu sahaja lah ..mata sudah mengantuk..banyak lagi yang dikongsikan tadi..antaranya rawatan akar gigi, guna gutta percha utk buat track keluarkan pus..sangat menarik!!!



alhamdulillah utk ilmu malam ni..




p/s: nasib baik x amek dental (kata2 yg sering keluar di mulut di kala tangan memegang buku dental atau melihat student dental study..) x menyesal plak amek farmasi??????hahah...



Monday, December 6, 2010

Ada apa dengan tahun lepas?

assalamualaikum....


Dalam beberapa jam lagi,tahun 1431 bakal melabuhkan tirai...maka tahun baru 1432 akan menyelak tabirnya..=)


cepat sungguh masa berlalu.............................................


mak:"sat lagi jangan lupa baca doa akhir tahun dengan awai tahun naa"
saya:"oh baru teringat..laaaaaa sat ja....rasa macam baru ja baca doa tu..."


selepas cakap dalam telefon,
lalu daku termenung sejenak..dan bermonolog dalamam...

"Apa yg aku dah buat dalam setahun lepas? aku yang setahun dulu sama tak dengan aku sekarang?yang baik bertambah dalam diri atau yg buruk semakin bertambah??"

*sigh*

monolog diteruskan...

"Banyak mana amalan yang aku dah kumpul?benang tetap jadi benang atau benang dah jadi kain?"

*sigh*



Sabda Nabi SAW yg brmaksud : “Puasa yg paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim dr Abu Hurairah r.a.)









SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA






sungguh banyak kebetulan yg terjadi sejak2 ini..SURATAN atau KEBETULAN??

Friday, November 12, 2010

BOOSTER!

salam~~
saya akan pulang berhari raya ahad ni,sudah dua bulan tidak pulang ke kampung..perlukan booster untuk naikkan semangat study!! Rindukan family,ketenangan kampung dan juga rindukan kucing (rindukan kucing?????)....=) ini kucing saya,tapi sekarang dah besar...=) hooray sudah ada "anak saudara" baru..4 ekor ok..tak sabar nak balik menjenguk..=)


oh terasa seperti di dalam perut ibu,oh sejuknya..

bulatkan mata saya..jgn jeles ok!



huh,saya memang ulat buku,pantang jumpa kertas saya mesti nak golek2..



ok mari baca nota steroid..!!saya lagi rajin dari tuan saya ok..


uh mengantuknya..apa satu pun tak faham @.@


oh sudah tertidur..nyamuk ni duk "ngeng2" kat telinga pulak..kacau betul la..



oh tempat isteri memang di sisi suami..=p





Daging (haiwan korban) dan darahnya tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia memudahkan haiwan-haiwan itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah khabar gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha berbuat baik.” [QS al-Ḥajj 22:37]



~SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~





nota kaki:ucapan in advance la ek..tak dapat online kat rumah =)


Gelak sorang2 depan laptop =D

Monday, November 8, 2010

SELAMAT HARI DEEPAVALI??


HUKUM MENGUCAPKAN "SELAMAT" UNTUK PERAYAAN SAHABAT BUKAN BERAGAMA ISLAM:

1) HARUS- Ucapan yang tidak mengandungi RASA REDHA dengan agama lain tetapi SEKADAR MELAHIRKAN KEMESRAAN. contohya:

"Semoga sihat sejahtera, semoga mendapat kebaikan"

2) HARAM- Ucapan yang terdapat unsur KEREDHAAN terhadap agama kufur,contohnya:

" Semoga dimuliakan pada hari raya ini"

"Hari Raya ini adalah hari yang mulia"

***lebih baik jika ucapan tahniah diiiringi dengan doa agar dapat hidayah. contohnya:

"Semoga mendapat hidayah, semoga beroleh cahaya iman"


nota kaki: dipetik dari Buku FIQAH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM...m/s 10 dan 11 Bab 1;Fiqah Iman dan Agama...ini sahaja yang dapat dikongsikan, because i left the book at home, ini pun di"copy" dari Yahoo Group FCR,credit kepada sister yg post pasal ni kat YG..


Buku FIQAH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM. Bagi saya, buku ini sangat bermanfaat untuk rujukan seharian kerana ia mengajar kita tatatertib dan cara bagaimana kita harus berkomunikasi dengan rakan atau sahabat handai yg bukan beragama islam;dan dalam masa yg sama menjaga syariat islam itu sendiri..trust me!! this is a good book..you should have one =)




SEDIKIT INFO MENGENAI BUKU INI:

Tajuk : Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim
Pengarang : Ust Mohammad Nidzam Abd Kadir
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Kaedah bergaul dengan rakan, jiran dan keluarga bukan Islam tanpa mengabaikan syariat.

Buku "Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim" ini memberi gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai masalah dan situasi kita hadapi terutama yang berkaitan arak dan khinzir. Penulis membentangkan penyelesaian dan penerangan dengan hujah yang mudah diiringi firman Allah serta hadis sahih.

Kenapa Anda Perlu Baca Buku Ini

- Penerangan lengkap tentang tatacara bergaul dengan mereka yang bukan Islam
- Ilustrasi bercorak humor dan berinformasi
- Mengutarakan contoh permasalahan semasa
- Mengandungi anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman

Siapa Perlu Baca Buku Ini
- Anda yang mempunyai rakan Non-Muslim di sekolah, jiran tetangga atau di pejabat
- Saudara baru atau mempunyai ahli keluarga bukan Islam
- Guru-guru, ibu bapa dan anak-anak agar dapat memahami pergaulan bersyariat
- Non-Muslim juga harus memahami batas pergaulan dan adab pergaulan Islam agar masyarakat majmuk hidup terus bermuhibah

Tuesday, November 2, 2010

..........................

YA ALLAH.....KURNIAKAN DAKU KESABARAN ITU.....PINJAMKAN DAKU KEKUATAN ITU...

DAKU TIDAK MAHU MENJADI HAMBAMU YG BERPUTUS ASA DENGAN UJIAN YANG KAU BERIKAN....


AMIIN YA RABB...

Sunday, October 31, 2010

CIKGU TAK ADA OTAK???

Maka tersebutlah kisah seorang guru sekolah rendah yang telah memegang fahaman Atheis (tidak mempercayai wujudnya tuhan). Suatu hari, sebelum memasuki kelas dia dilihat duduk termenung di balkoni sebelum memasuki kelas tahun 1 Aktif. Dia sedang berfikir cara dan pendekatan yang paling sesuai untuk menyedarkan murid-muridnya mengenai ketidakwujudan tuhan di muka bumi ini. Dia mahu meletakkan anasir buruk dalam pemikiran muridnya meragui kewujudan tuhan. Perah punya perah keringat otaknya itu, maka muncullah suatu idea yang agak rasional dan mudah pendekatannya. Dia tersenyum kambing lantas terus menuju masuk ke kelas tahun 1 Aktif itu.



Seusai ucap selamat diberikan oleh seluruh isi kelas. Guru itu memulakan pengajaran dengan membawa set induksi yang telah difikirkan sebentar tadi. Dikeluarkan sebatang pen dan ditunjukkan kepada murid-muridnya. Diangkatnya dengan agak tinggi agar semua murid dapat melihatnya.



Guru : Murid-murid, cikgu nak bertanya, apakah benda ini?



Murid : Sebatang pen!



Guru : Bagus! Dia wujud kan dihadapan kamu?



Murid : Wujud!



Guru : Ha…ianya wujud kerana kamu nampak ia
.



Terukir sekuntum senyuman penuh makna. Lalu disorokkan pen itu ke dalam poketnya.



Guru : Ha…sekarang kamu nampak tak pen tu?



Murid : Tak!



Guru : Maknanya pen tak….?



Murid : Tak Wujud cikgu! Pen tidak ada!



Guru : Pandai kamu semua! Baiklah..sekarang cikgu mahu kamu semua cari di sekeliling nampak di mana-mana adanya Tuhan?



Murid-murid pun mulalah mencari-cari disekeliling mereka untuk mencari ‘objek’ tuhan!



Guru : Kamu semua percaya tuhan kan? Carilah dimana-mana, bawah meja ke? Diluar tingkap ke? Tak pun didalam tong sampah barangkali?



Sudah puas murid-murid mencari namun tidak jumpa juga ‘Tuhan’ yang dimaksudkan.



Murid : Penatlah cikgu! Tak nampak pun tuhan?



Cikgu : Tak jumpa ke? Ha…kamu tidak nampak pun kan tuhan tu dimana-mana? Maknanya….tuhan itu tidak….?



Murid : Tuhan tidak wujud cikgu! Tuhan tidak ada cikgu!



Guru tersenyum puas, akhirnya dia berjaya memasukkan keraguan biarpun dalam keadaan yang sedikit dan simple.



Tiba-tiba, seorang murid angkat tangan, Ariff namanya.



Guru : Kenapa kamu angkat tangan Ariff?



Ariff : Saya nak tunjukkan sesuatu pada semua.



Guru : Baiklah, kamu boleh ke hadapan.



Dia berdiri betul-betul bersebelahan dengan cikgunya.



Ariff : Kawan-kawan nampak tak cikgu di sebelah saya?



Murid : Nampak!



Ariff : Baiklah…sekarang saya nak kawan-kawan cari dimana letaknya otak cikgu?



Murid : Mana nampak lah ariff!



Ariff : Haaa…kamu tak nampak ya? Saya pun tak nampak! Maknanya…cikgu tidak ada…?



Murid : Cikgu tidak ada otak! Otak cikgu tidak wujud!



Ariff : Pandai kawan-kawan saya!





p/s:renung-renungkan dan selamat beramal,,=)

Wednesday, October 27, 2010

KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN~

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kami dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."

Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."

"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.

"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.
sumber:iluvislam.com

Saturday, October 23, 2010

ANDAI DIA BERSAMA KITA~ (PART TWO)



It's just ONE video..but it told A LOT of stories inside..


In a time of darkness and green
It is your light that we need
You came to teach us how to live

Mohammed ya rasool Allah

You were so caring and kind
You're so wise full of light
You are the best of mankind


Mohammed khairo khalq illah
Salu ala rasool ellah
Habibi el mostafa
Peace be upon the messenger the chosen one

From love you returned away
In all nigh you would pray
Truthful in every word you say

Mohammed ya rasool Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by no one
You are Allah chosen one

Mohammed khairo khalq illah
Salu ala rasool ellah
Habibi el mostafa
Peace be upon the messenger the chosen one


I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

Salu ala rasool ellah x3
Habibi el mostafa x2
Peace be upon the messenger the chosen one

ANDAI DIA BERSAMA KITA~~




Saya pasti kalian telah menonton video ini di facebook kan...

Pertama kali saya menonton video ini, tanpa saya sedar, air mata bertakung di kelopak mata...Dan saya pasti,begitu juga anda..kerana saya pasti kita merasa perkara yang sama..




SEBAK








RINDU







CINTA











"IF HE CAME AND SIT ALONE WITH YOU, WHAT WILL YOU SAY TO HIM IN A MINUTE?"










saya tinggalkan persoalan ini di sini untuk anda renungkan...

Thursday, October 14, 2010

sebuah perjalanan~

assalamualaikum..


Sudah lama rasanya tidak menitipkan bicara,mencoret rasa di sini...Terlalu banyak yg ingin diceritakan sehingga tidak tahu ingin dimulakan dari mana..


Hari demi hari, saat demi saat berlalu..membawa pergi masa lampau..jauh ditinggalkan di belakang..masa yang dikurniakan seperti tidak mencukupi utk menampung segala penat lelah..apakan daya, perjuangan itu bukan senang,perlu diiringi dengan pengorbanan..



Betapa hidup ini telah mengajar aku erti sebuah kehidupan, erti jalinan persahabatan, erti kasih sayang dan erti sebuah cinta..bila jatuh, aku cuba bangun..tidak dapat dinafi, tidak terbilang air mata yang sudah tumpah ke bumi..air mata penyesalan, air mata kekecewaan, air mata kegagalan,air mata kesedihan..
apalah sangat ujian yang aku hadapi jika hendak dibandingkan dengan ujian yg ALLAH berikan kepada Nabi-Nabi dahulu.



Teringat zaman kanak2 dahulu..Tiada apa yg perlu dirunsingkan.....pergi sekolah,makan, main dan tidur..oh alangkah indahnya...


Ptang2 atau cuti2...

pergi memancing ikan dengan adik atau arwah ayah..sebelum tu enjoy korek cacing kat belakang rumah untuk dijadikan umpan..hehe best ooo..


kalau musim berangin pula,semangat buat layang2..penat ha berlari2 nak terbangkan layang2..adik la rajin buat..layang2 la wau la..macam2 rupa ada..sampai sekarang rangka wau tu ada lagi kat umah..=)



ada juga main kahwin2 dengan cucu mak long rumah sebelah..siap bermadu lagi..anak berderet ja..oh tersangatlah kelakar!!
bila jumpa sekarang dah segan sebab masing2 pun dah besar..=p


ada juga main congkak..congkak bukan congkak kayu tau..congkak buatan sendiri...buat lubang korek tanah ja,korek dengan kulit lokan..pastu buah nya guna biji getah ataupun guli..oh tersangatlah environmental friendly,semua benda kitar semuala punya =p


waktu musim main guli pula,
semua orang pun nak main guli.saya dengan adik apa lagi join la budak2 kampung...kalau menang tu, satu balang besar la bawak balik rumah..tapi saya selalu ja kalah (T.T!)..haha..


waktu musim bela ikan, semua pergi parit2 atau sungai cari ikan laga atau org kedah panggil ikan sepilai (mana entah dapat nama ni)..oh ikan ni sangat cantik..sisik ni bermacam2 warna..berkilau pulak tu..bila dah dapat tangkap, letak dalam balang, letak lumut bg dia makan biji2 yg dekat lumut tu..lepas tu bagi dia mengawan.kalau ikan betina warna dia pudar ada belang2 kat badan,kalau ikan jantan warna dia kehitaman berkilau2..lepas tu nanti anak2 menetas..oh cumil nya...one happy family =) tapi kena asingkan dari bapa ikan nanti dia makan anak2 dia..=p

The best man win


Kalau waktu cuti,ajak kawan pergi mandi kat sungai..wah seronoknya..apa lagi ya yang saya buat??em banyak..main tanah liat,panjat pokok, merempit dengan basikal pusing2 kampung, main zero point (lompat getah), main teng teng, main batu seremban sampai calar2 kuku, panjat bukit untuk cari pucuk pegaga..main meriam..
banyak lagi tidak mampu untuk diceritakan semuanya...



(kenapa rasa macam aktiviti di atas mcm banyak aktiviti budak lelaki ja..)ahha

Tetapi sekarang, zaman itu telah ku tinggalkan jauh bersama kenangan2 semalam...aku kini gadis berusia 22 tahun (oh anak mak dah besar..=p).inyaAllah bulan 8 tahun depan bakal menamatkan pengajian dan bakal menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan. Dan aku pasti, tanggungjawab yang besar harus ku galas demi agama dan masyarakat. masa tidak dapat ku putar kembali..menanti di depan hanya onak dan duri..dan aku tidak pasti ranjau apa yg menanti. hanya satu doaku..semoga aku tabah menghadapi apa jua rintangan dan diberi kekuatan untuk aku berdiri kembali andai aku jatuh tersungkur di jalan ini~~~~~








nota kaki:saat ini sangat merindui keluarga di kampung..=(

Ya ALLAH berikan kekuatan kepadaku seperti yg kau berikan kepadaku setahun yg lalu..aminn~~

Wednesday, September 29, 2010

Dusta dalam Bercinta~~

Imam Ghazali berkata:

Barang siapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain,maka dia adalah pendusta.



Barang siapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta.



Barang siapa mengaku cintakan Nabi Muhammad tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta.



Barang siapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta.



Barang siapa mengaku cinta ALLAH tetapi keluh kesah dengan ujianNYA, maka dia adalah pendusta.



Thursday, September 23, 2010

MARI2 DENGAR INI PENGUMUMAN!!

Salam semua..



EVENT 1
kelas FCR (FRIENDLY COMPARATIVE RELIGION) datang lagi!!

Venue / Tempat: IIS Lecture Hall, 1-5-2, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

Peserta akan diberi 5 buku, 1 VCD/DVD Ahmad Deedat, sarapan, minum petang dan sijil.

Fees: RM100 untuk pelajar & RM120 untuk bukan pelajar

Date FCR Phase 1 Year 2010

25&26/9/2010 Malay

16&17/10/2010 English


Tentative FCR Phase 1

Sabtu / Saturday

08.30am - 09.00am Pendaftaran / Registration
09.00am - 09.15am Pengenalan / Introduction
09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah / Is Dakwah Compulsory?
10.30am - 10.50am Rehat / Break
10.50am - 11.50am Sejarah Kristian / History of Christianity
11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian / Basis of Christian Beliefs
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat / Break & Solat
02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina / Chinese Beliefs
03.30pm - 04.30pm Hinduism / Hinduisme
04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible / Bible Study



Ahad / Sunday

08.30am - 09.00am Imbasan Semula / Recap
09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam / Misconceptions Toward Islam
10.40am - 11.00am Rehat / Break
11.00am - 12.10pm Memahami Mualaf / Understanding Reverts
12.10pm - 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja / Personal Encounters With Priest & Churches
01.10pm - 02.30pm Rehat & Solat / Break & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains Moden / Quran & Modern Science
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab / Q&A
05.00pm - 05.15pm Program Susulan / Follow Up Programme
05.15pm - 05.30pm Penutup / Closing


ilmu ini tak dapat kalau duduk saja..FCR sgt best!! tak percaya boleh cuba sendiri!so mari2 daftar..



EVENT 2

Sirah Muzikal : Merentas Kegemilangan Ummah...



boleh rujuk website ini http://sirahmuzikal.com/v1/

tapi sayangnya tak dapat join sebab pergi lawatan sambil belajar ke Kelantan..sedih2..nak buat macam mana tak ada rezeki kan..


EVENT 3

Maher Zain live in Malaysia on 15 october 2010!


Persembahan yang sekian lama dinantikan.

Raikan Maher Zain LIVE di Shah Alam: Oktober 15 08:00 - 11:00 mlm di Auditorium MBSA.

Maher Zain juga akan mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan peminat-peminat di beberapa lokasi. Lokasi-lokasi, tarikh dan masa akan diumumkan sebaik sahaja dipastikan.


(dipetik dari facebook Maher Zain,jadi apa2 pertanyaan silalah ke facebook beliau)

tak dapat join juga so tolong promote je la ek..hehe





p/s: sangat banyak event yang best utk disertai tapi tak menang tangan..masa semakin suntuk untuk buat semua benda dalam satu masa=(

Wednesday, August 25, 2010

CERITA POKOK BAKAU



Salam semua..
Hari ni saya nak kongsikan sesuatu tentang pokok paya bakau. Rasa nya semua dah pernah belajar kan tentang pokok paya bakau masa sekolah dulu. Tapi saya yakin mesti ramai yang dah lupa. Hari ni dekat kelas elektif kat fakulti sains, subject “Man and Plant” saya belajar pasal pokok bakau…dan saya rasa pokok ini tersangatlah unik dan menarik saya utk kongsikan sesuatu tentangnya dengan anda semua.

Ok mula-mula mari berkenalan dulu dengan encik BAKAU.

Nama glamour : ENCIK BAKAU
Adik beradik : Red mangrove (Rhizophora) , Black mangrove (Avicennia), White mengarove (Conocarpus)
Alamat : kawasan air masin,selalunya berselut

Perkara istimewa tentang ENCIK BAKAU utk hidup di kawasan kepekatan garam tinggi dan berselut:

Red mangrove (Rhizophora)
  • Juga dikenali sebagai “walking trees"
  • Garam dirembeskan keluar dengan mengekalkan tekanan hidrostatik negatif dalam xylem. Tekanan ini diwujudkan oleh tekanan osmosis yg cukup tinggi di daun



garam di daun

  • Tumbuhan ini menghasilkan akar sokong di sekeliling batang pokok utama. Akar-akar sokong ini mempunyai lubang udara ataupun yang dikenali sebagai lentisel. Melalui lubang-lubang ini, oksigen menyerap masuk ke dalam tumbuhan dan seterusnya disalurkan ke akar bawah tanah

  • Semasa masih berada di tumbuhan induk lagi, biji telah bercambah dan mula membesar menjadi anak benih (viviparous). Akhirnya, anak benih ini akan gugur ke air terapung tegak di dalam air. Anak benih ini kemudiannya dibawa oleh arus ke kawasan cetek dan seterusnya bersentuhan dengan bahagian dasaran. Di kawasan cetek ini, anak benih mula mengeluarkan akar dan membesar. Proses anak benih ini terapung didalam air hingga menjadi anak anak pokok ialah hampir setahun.

biji benih viviparous

Black mangrove (Avicennia)

  • Daun Avicennia mempunyai kelenjar garam yang merembeskan garam berlebihan

  • Pneumatophores, iaitu unjuran pendek yang muncul di permukaan tanah seperti straw untuk menyerap oxygen masuk.



PNEUMATOPHORES



“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [QS. Al- Fussilat]

subhanallah uniknya ciptaan TUHAN..

Tak tahu lah kenapa teringat nak cerita pasal pokok bakau..mungkin dah rindu sangat kot kampung=p HAHAH.

gambar kat jeti sungai merbok,ada pokok paya bakau dekat2 dengan kampung saya=)

Saturday, August 21, 2010

i am "in a relationship"

saya kenal dia dah lama,masa saya first year..tapi tak banyak yang saya tahu pasal dia,sebab dia macam pelik..hahah..sekarang saya dah final year,maksudnya dah lebih 3 tahun saya kenal dia..tapi kenal2 macam tu je la, tak terfikir nk kawan dengan lebih "rapat"..
satu hari, dia datang balik dalam hidup saya..saya perlu memilih,antara dia atau yg lain..berhari2 saya berfikir, timbangkan yg baik dan yg buruk..minta pandangan kawan2..fikir masa depan..fikir itu fikir ini..akhirnya saya ambil keputusan utk terima dia..
dia unik,lain dari yg lain..seriously saya tak sangka yang saya akan terima dia, ye saya yg pilih dia..pilihan yg saya buat dengan tangan saya sendiri..ramai yang menunggu dia,tak kurang jugak ada yg memilih dia, macam saya jugak..tapi rezeki milik saya, saya yg terpilih..=)
disebabkan sifat dia yang unik dan pelik, saya nk kenal dia dengan lebih rapat..(dont judge the book by its cover la kan?)saya nk kenal diri dia dengan lebih dalam..tak kenal maka tak cinta! betul kan??hampir tiap2 hari saya cuba untuk nak tau lebih dalam pasal dia,kadang2 saya terpaksa abaikan kerja2 saya yg lain,semata-mata nk berdamping dengan dia..tapi dia perahsia, dia pemalu,dia tak nak cerita lebih2 pasal diri dia..(T.T)..
saya kecewa, saya sedih...(T.T)..saya selalu teringat kan dia..kat kelas masa lecturer mengajar, saya tak dapat tumpu perhatian..saya ada mengadu kat kawan2 saya, tapi mereka juga ada masalah macam saya..mereka juga sibuk dengan hal "cinta" mereka..
saya harap hubungan kami akan bertahan, at least selama setahun (setahun je?)..saya harap saya tak akan tension dengan dia, saya harap saya akan sayang dia, saya harap saya tak akan abaikan dia..saya harp dia faham, saya dh final year..banyak benda yg saya kena buat..harap2 dia bg kerjasama dengan saya..hurm.....
jauh di sudut hati saya,saya berdoa agar saya tabah dlm hubungan ini..sbb saya tau,kadang2 saya x kuat,kadang2 saya hmpir menangis utk semua ini..tapi apakan daya,SAYA YANG MEMILIH DIA..baik ke buruk ke dia,saya kena terima..bak kata orang,TERIMA SEADANYA..saya tiada pilihan lagi,nak xnak saya harus berhadapan dengan dia..doakan moga hubungan kami sentiasa CERIA ya!
nk tahu siapa dia??dia pendatang baru dlm hidup saya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nama pendek dia,
ENCIK THESIS!!.
.
..
.
.
.
.
.
.
nama panjang dia,
AUTOMATED DOCKING OF ANTICANCER DRUGS AND SEVERAL ALKALOIDS INTO EPIDERMAL GROWTH FACTOR RECEPTOR
awak yg "teristimewa" dalam hidup saya sekarang..encik THESIS!!
*good luck buat kawan2 ku yang lain,harap2 tabah semuanya ya!!moga ALLAH permudahkan "kisah cinta" kalian =)

Friday, August 13, 2010

28 days left.......

  • Rasulullah bersabda: "bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu terdapa keberkatan" (HR Bukhari dan Muslim.)

  • Rasulullah berbuka puasa dengan kurma sebelum solat (maghrib). jika tidak ada, maka baginda akan berbuka dengan kurma kering, dan jika tidak ada, baginda meneguk beberapa teguk air.(HR Abu Daud dan Tirmizi)

  • "Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan (mendirikan solat tarawih dan solat malam) kerana iman dan mengharapkan keredhaan ALLAH SWT nescaya akan diampunkan segala dosa yg lalu" (HR Muslim)

Thursday, August 5, 2010

PERMUDAHKAN YA ALLAH....





I'm chasing the time......



and the brain is working hard for the workload....




YA ALLAH permudahkan urusan ku...
YA ALLAH permudahkan urusan kami..
Berikan kami kekuatan utk menempuh segalanya....
amiiin YA RAB...

Wednesday, July 28, 2010

DARURAT??

Gambar sekadar hiasan...=)

“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.

“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.

Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.

Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.

PRIHATIN AURAT
“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.

Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.

Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.

Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.

Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.

Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.

MENGAMBIL MUDAH
Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.

Alhamdulillah.

Namun…

Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.

Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.

Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri.

KERANA DARURAT
“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.


Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.

“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.

Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.

‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.

“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.

“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.

“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.

BOLEHKAH?
Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.

“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.

“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.

Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.

“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.

“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.

Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.

BUKAN DARURAT
Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.

“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.

"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.

“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.

Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.

DARURAT YANG SEBENAR
Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

HILANG
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.

Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.



Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.

“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

ORIGINAL ARTICLE : http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/07/zuriat-berkat.html

**sebarang kemusykilan boleh dirujuk di blog di atas..sekadar berkongsi..sekian.=)

Saturday, July 24, 2010

IT'S ME

stress....
and lonely........





better go to sleep now..good nyte everyone.....=(


Friday, July 16, 2010

PART 2:SALAH FAHAM NON-MUSLIM PADA AGAMA ISLAM

A)Tuhan Islam Pilih Kasih

‘’Tuhan Islam pilih kasih! Kenapa ada manusia yg lahir dalam keluarga islam dan ada yg dilahirkan dalam keluarga bukan islam???adilkah begitu??”

“Orang islam masuk syurga, orang bukan islam masuk neraka”


Inilah antara dialog2 yg pernah didengar atau mgkin berlegar2 dalam kepala kita selama ini..

Jawapan:
1) Dalam islam, kita percaya semua lahir dlm keadaan fitrah, terpulang kepada ibu bapa itu sama ada ingin mencorakkannya menjadi seorang muslim/Yahudi/Nasrani atau apa2 sahaja penganut agama di dunia ini.

2) Bukan permulaan kita lahir dalam agama apa yg menjadi persoalan, tetapi kesudahannya kita mati dalam agama apa…. itu yg lebih penting.

Seorang hamba ALLAH, lahir dan dibesarkan dalam keluarga islam dan seorang anak kepada imam..tapi akhirnya kecundang dari jalan yg benar, bertindak untuk keluar dari agama islam..menjadi seorang murtad..lihat! sudah terang lagi bersuluh…permulaannya seorang islam tapi pengakhirannya bkn lagi sebagai seorang islam…sesugguhnya iman tidak dapat diwarisi walau dari seorang ayah yg beriman……

3) Dia menjadikan manusia tidak kiralah sebagai penganut agama apa sekali pun, tujuannya adalah utk menguji kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

“ Sungguh Kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yg bercampur yg kami hendak mengujinya dengan perintah dan larangan, kerana itu Kami jadikannya mendengar dan melihat”(AL-QURAN 9:2)

Manusia diberi akal fikiran utk mencari dari mana asal usul diri..diberi mata utk melihat alam sekeliling..diberi telinga utk mendengar segala jenis ilmu,ilmu tentang dunia atau sesuatu yg ghaib…diberi mata hati utk memilih yg mana hak dan batil…


“Alaaaa tak dapat hidayah lagi la tu…nanti dapat hidayah berubah la dia, masuk islam la dia nanti..”

Jawapan:
Hidayah utk orang tertentu????????
Sebenarnya ALLAH memberikan hidayah utk semua…Cuma terpulang kpd kita sahaja yg memilih utk menerima hidayah itu,atau utk menolaknya dgn mentah2..hidayah pula datang dlm pelbagai bentuk..mgkin seseorang itu mendapat hidayah melalui pengamatan alam sekitar, mengkaji ilmu sains atau dengan fitrah atau naluri kita sendiri yg meronta2 ingin mencari kebenaran…

Ingatlah bahawa ALLAH akan dekat dengan kita jika kita dekat denganNya..

“Aaaaaa cakap senang la…habis kau ingat senang ke kalau lahir dalam keluarga bukan islam nk tau pasal islam?? Siapa yg nak terangkan islam kata aku??Kau tak apa la,celik2 mata ja memang dalam keluarga islam”

Jawapan:
“ Barang siapa berbuat sesuai dgn petunjuk ALLAH, maka sesungguhnya itu utk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa tersesat maka sesungguhnya(kerugian) itu bagi dirinya sendiri. Dan seorang yg berdosa tidak memikul dosa orang lain, tetapi Kami tidak menyiksa sebelum Kami mengutus seorang Rasul" (AL-QURAN 17:15)

Sudah terang ayat di atas menyatakan ALLAH tidak akan menghukum seseorang sebelum Dia menghantar utusan atau Rasulnya utk sesuatu kaum… Allah hanya mempertangggjawabkan kita sekadar apa yg kita tahu sahaja..dia tidak akan menghukum sesuatu yg kita tidak tahu.kalau A yg kita tahu, A sahaja yg akan dipersoalkan nanti...tapi sebenarnya tak logik juga la kalau nak kata susah nak tau pasal islam zaman sekarang.. bak kata seorang ustaz..
“Duduk dalam kelambu pun boleh tau pasal agama islam, tak payah p jauh2..
Mana tak nya, dah ada tv, radio, internet,semua di hujung jari…nak atau tak nak je kan??”



B) Ah Chong baik, Ali Jahat

“Ah Chong tu baik,banyak tolong orang,tapi dia kafir.dia tetap masuk neraka..Ali pula orang islam tapi dia jahaat, perogol, mat rempit, dia tetap masuk syurga”


Sound familiar??seperti tidak adil kan??Ini antara perkara yg dipersoal oleh non-muslim..

Jawapan yg adil utk diberikan kepada non-muslim :
1) Bukan saya yg tentukan siapa yg masuk syurga atau neraka

2) Kalau saya mati sekarang,saya pun xjamin saya akan masuk ke syurga atau neraka

3) Kafir??apa mksud kafir??kafir berasal dari kafara iaitu “ to deny/to reject”

Tidak akan timbul soal siapa yg kafir/menolak islam jika penerangan yg betul tentang islam tidak diterima dengan jelas oleh mereka.Jadi ini lah tanggngjawab kita, menerangkan islam yg sebenar kepada mereka, bkn hanya menghukum kafir secara membuta tuli.

4) Bagi orang islam, dosa yg terbesar ialah syirik kepada ALLAH iaitu menyembah selain ALLAH..Buatlah sebesar-besar kebajikan tetap jika kamu syirik(tidak berpegang bahawa ALLAH itu tuhan yg satu) dan tidak bertaubat, kebajikan yg dibuat tidak akan diterima.

Analogi:
Ali mengambil 15 subjek SPM, semua dapat A tapi gagal subjek wajib, dia dikira lulus atau gagal?? Gagal lah kan sebab subjek teras/tunjangnya gagal...


renung2kan dan selamat beramal =)






kenangan hari terakhir FCR fasa 1..bergambar bersama sahabat2 um dan brother shah kirit..antara kenangan yg terindah..esk akan bermula fasa 2 selama 2 hari.insyaallah..=)

Sunday, May 23, 2010

AL-QURAN SAINTIFIK

KEJADIAN BAYI

" Kemudian air mani itu kami jadikan sesuatu yg melekat, lalu sesuatu yg melekat itu Kami jadikan segumpal daging , dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang , lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk yg ( berbentuk lain) Maha Suci ALLAH, Pencipta yg paling baik.": Al-mukminun 23:14.

“Then We made the Sperm into a Clot of Congealed Blood; then of that clot We made a (Fetus) lump; then We made out of that lump Bones and clothed the Bones with flesh ”Al-mukminun 23:14.


Nutfah: Bermaksud jumlah yg sedikit. dan ini bermaksud sedikit sahaja air mani yg diperlukan utk kejadian bayi. Justeru perkataan ini berkaitan dgn benih sperma krna ia adalah bahagian yg sedikit drpd air mani yg diperlukan bg persenyawaan.

Nutfah amsyaj ( Surah al-insan ayat 2): bermaksud nutfah yg bercampur. Pada hari ini Sains telah membuktikan bahawa kejadian manusia bermula dengan percantuman benih lelaki/sperma yg terdapat dlm air mani dan benih wanita/ovum yg terdapat dlm cecair/fluid dlm ovari.

Alaqah: mempunyi 3 maksud iaitu segumpal darah, lintah dan suatu yg melekat.



Mudghah: bermaksud daging yg dikunyah. Imam Qurtubi dlm al-jamik li Ahkamil Quran menafsirkan bhwa " daging yg sedikit yg sebahagian drpdnya telah dikunyah"




Kemudian tulang itu diselimuti daging, embrio berubah menjadi bentuk manusia,berbeza dari rupa bentuk sebelumnya yg menyerupai lintah dan daging yg dikunyah. Selepas itu roh ditiup dan dan pancaidera dikurniakan.

" Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati tetapi sedikit sekali kamu bersyukur" (As-sajadah 32:9)





BENTUK BUMI

" Dan setelah itu bumi dia hamparkan" ( Surah an-nazi'at 79:30)
“And the earth, moreover, Hath He made egg shaped [dahaha].” ( Surah an-nazi'at 79:30)


Said Hawa dalam al-Asas fi al-Tafsir berkata penggunaan perkataan daha menampakkan mengenai mukjizat AL-Quran . Daha dlm bahasa arab melambangkan sesuatu yg bulat seperti bola. Justeru org2 arab menamakan telur burung unta yg ditimbusi pasir sbgai udhiyyah dan udhuwwah. Perkataan ini berasal dri perkataan daha. Justeru apabila ALLAH menggunakan perkataan daha semasa menceritakan kejadian bumi, ia menampakkan bumi dicipta seperti telur burung unta.


BULAN DAN MATAHARI BERGERAK PADA ORBIT MASING MASING.

Dulu kita belajar matahari tak bergerak, statik kan..tapi lihatlah ayat di bawah....matahri sebenarya bergerak!..SUBHANALLAH..segalanya telah diterangkan dlm al quran 1400 tahun dahulu...

"Tidakkah mungkin bg matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya" (Yasin 36:40)

“It is not permitted to the Sun to catch up the Moon, Nor can the Night outstrip the Day: each (just) swims along in (its own) Orbit (according to Law)” (Yasin 36:40)







p/s: SUBHANALLAH.......

* credit to brother shah kirit ( friendly comparative religion), Buku Al-Quran Saintifik karya DR Danial Zainal Abidin..



Saturday, May 22, 2010

::MUSIBAH::

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIIM.....

Ujian
terbahagi kpada 2 iaitu nikmat dan musibah.

Apa itu musibah??
Segala sesuatu yg tidak disukai manusia iaitu berupa kematian,kesakitan ,kemiskinan, ketakutan , kegagalan, kesedihan bencana dan lain-lain.
Berbentuk negatif.

TSUNAMI 26 DISEMBER 2004

Jenis :Bala

Bila?:Apabila orang yg jahat melakukan kejahatan.

Tujuan: Dihina di dunia sebelum dihina di akhirat.

Contoh: Umat Nabi Nuh yg ditenggelamkan banjir, Firaun yg ditenggalamkan di Laut Merah, Namrud yg dibunuh nyamuk, Qarun yg ditelan bumi adalah antara mereka yg ditimpa bala di dunia lagi sebelum diseksa di akhirat.

Firman ALLAH:
'Dan jika mereka berpaling, nesacya ALLAH akan azab mereka dengan azab yg pedih di dunia dan akhirat'(surah At-taubah 9: 74)

'Maka masing-masing (mereka) Kami seksa disebabkan dosanya,maka antara mereka Kami kirimkan kepadanya hujan batu kerikil dan ada antara mereka yg ditimpa letupan suara yg menggempakan bumi, dan ada yg Kami tenggelamkan dalam laut, dan ingatlah ALLAH sesekali tidak menganiaya mereka,akan tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri.' ( Surah Al-ankabut 29:40)

'Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan( yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan'. (surah al-anbiya 21:35)



Jenis:Ibtila'

Bila?: Orang yg baik melakukan kebaikan.

Tujuan:Tanda kasih sayang ALLAH kepada hambanya yg taat supaya seseorang itu akan mendapat pahala berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi ALLAH.

Contohnya: Bentuk ujian yg berlaku dlm kalangan para rasul ditingkatkan kp ulul azmi ( Nabi Muhammad, Nuh, Musa, Ibrahin dan Nabi Isa)

Firman ALLAH:
'Apakah patut kamu menyangka bhwa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kpda kamu (ujian) penderitaan sebagaimana yg dideritai org terdahulu drpd kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan mereka diancam bahaya sehinggalah Rasul dan org beriman bersamanya merintih : 'Bilakah datangnya pertolongan ALLAH?'( Surah al baqarah 2:214)

Utk orang yg bersabar: ALLAH menjanjikan: 'Sesungguhnya org yg sabar itu diganjari dengan pahala tanpa dihisab' ( Surah AL-zumar 39:10)



Jenis: Kafarah

Bila? : Berlaku ketika org yg baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu

Tujuan: Sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang mukmin. Diturunkan sebagai "tebusan" utk menghapuskan dosa dan keterlanjuran itu.

Firman ALLAH: 'Dan Kami (ALLAH) timpakan kpd mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yg benar' (Surah Az-zukhruf 43: 48)


" Sesunggunya besarnya pahala diukur dgn besarnya ujian, dan apabila ALLAH suka akan kaum itu, maka mereka diuji. Jika mereka redha, maka ALLAH redha dan jika dia marah, ALLAH pun marah kepadanya" ( riwayat Tirmizi no 2396)


p/s:dipetik dari majalah SOLUSI isu 19.....

Wednesday, May 19, 2010

oh ubat!!

tadaaaaaaaaa!!!!!ni la bakal peneman saya tiap2 hari zaman kerja nanti..hehe!!


salam...... dah lama rasa x update blog...huhu..
sekarang dah habis exam, tengah praktikal kat ppum...kami ditempatkan ke department yg berlainan mengikut hari yg ditetapkan..memandangkan banyak sangat masa terluang, so sempat la snap2 gambar ubat yg "best best"..lets check it out...!!!


haa kalau kamu semua ingat, ni la ubat cairkan darah yg dibuat dari khinzir yg saya penah cerita kat post " DENYUT KASIH MEDIK" tu...sgt excited ok akhirnya dapat tgk jugak ubat ni..hehe=)




ubat ni macam burger ( makan pon sodap)..ALFUZOSIN..utk benign prostatic hyperplasia..buat kaum lelaki .....



haaaa ni mesti semua suka...ni ubat kuruskan badan...REDUCTIL~



hee~~ni pon ubat kuruskan badan...ORLISTAT~



VARENICLINE~~ubat utk perokok2 yg ingin berhenti merokok...(kepada perokok2 silalah cuba ubat ini ya!!..daripada habiskan duit merosakkan peparu anda,baik makan ubat ni..jangan marah=p..huhu)



setakat 3 hari ni, saya dapat perhatikan macam mana pharmacist bekerja..macam mana pharmacist berkomunikasi dengan patient dan lain2 lagi....mereka sangatlah sibuk tak sempat sangat nk layan kami semua...ye la mana tak nya...silap kira dose,silap check ubat nanti apa2 jadi kat pesakit,siapa nk jawab kan??

tadi...ada seorang perempuan dalam 40-an...minta utk beli ubat breast cancer..beribu2 ringgit jugak la...memang ubat anticancer ( chemotherapy) mahal2 belaka....ada satu tu ubat utk cancer peparu sampai 6 ribu lebih (boleh beli 2 biji laptop ni..huhu)

kesian perempuan tu, saya perasan dia pakai rambut palsu,rambut dah gugur sbb under chemotherapy...suara dah serak2/horseness of voice (salah satu symptom cancer)....kesian2..

Ingat lima perkara sebelum lima perkara:
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.....

syukur YA ALLAH utk nikmat kesihatan yg kau berikan padaku...

semalam,saya diberi peluang jaga kat kaunter utk bg number giliran kat pesakit under program METHADONE( memandangkan assignment dah siap, jaga kaunter pun jadi la kan..huhu)...tau x apa tu methadone?? Methadone utk penagih2 dadah, utk hilangkan ketagihan...methadone yg diberi ialah dalam bentuk syrup..mereka ni memg pesakit tetap kat ppum.lebih kurang seratus org...macam2 la kerenah mereka,ada yg nak dose lebih la apa la,pesakit HIV pon ada tau...=(


tengah tunggu pesakit datang,termenung sekejap..pak cik pembantu tadbir tu tegur .."kenapa lina termenung je ni...memikirkan nasib2 pesakit2 methadone tu ke??haha"

.....saya hanya tersenyum.....( pakcik ni boleh buat lawak pulak time2 ni)...


pakcik tu sambung lagi," tengoklah yg datang ramai yg bumiputra......laki ada perempuan pun ada....."

betul..memang betul..yg datang memang ramai bumiputra..apa nak jadi pada nasib bangsaku...=( kenapa melakukan sesuatu yg memudaratkan diri sendiri...??

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168 bermaksud:

“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”


ok setakat ini je la utk kali ni...berderet lagi assignment yg belum siap........bye2!!salam...=)