FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 19, 2010

JAWAPAN KEPADA SALAH FAHAM NON-MUSLIM (PART 1)

1.Kenapa tidak boleh makan babi??



Jawapan pertama yg harus diberikan ialah kerana ini perintah ALLAH dan Rasul.

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”Al-Quran 2 :173

Hikmah pengharaman ialah kerana babi pembawa virus merbahaya. Pada Ogos 2004, China mengumumkan penemuan virus penyebab selesema burung, termasuk daripada species H5N1 dalam babi ( Dipetik dari buku Quran Saintifik karya Dr Danial Zainal Abidin, m/s 204…maklumat lanjut boleh rujuk buku ni dalam bab 70). Dan yg terbaru H1NI..Rasanya tidak perlu saya ceritakan lagi kerana umum sudah mengetahuinya.

Apa yg saya hendak tekan kan di sini ialah bagaimana kita menjawab soalan ini jika ditanya..jawablah bahawa pengharaman adalah kerana perintah ALLAH barulah disertakan dengn hikmahnya,bukan directly kita berikan hikmah sebagai jawapan utama kerana kita mungkin akan di serang dengan soalan di bawah:

Kalau babi itu lahir dan dibawa ke dalam makmal,disuntik vaksin dan antibiotic, dan dijaga pemakannya dengan memberikan makanan berkhasiat, dan terbukti babi tu tak bawa virus,jadi boleh makanlah??

You see,kita akan terperangkap dengan jawapan kita sendiri kalau kita berikan hikmah pengharaman sebagai jawapan utama kita..get the point??


2.Islam agama yg susah ke??

Orang islam bertanggapan bahawa islam ialah agama yg susah. Hal ini kerana menurut mereka banyak larangan dan byk perkara yg haram yg tidak boleh dilakukan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa memang terdapat perkara yg wajib dan haram di dalam islam, tetapi ianya tidak lah banyak seperti yg disangkakan. Contoh yang paling mudah ialah tentang pengharaman arak.

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya.” Al- Quran 5: 90

Sebenarnya banyak lagi minuman yg halal yg boleh diminum ( air jambu,air oren,ait tembikai dan bermacam2 lagi air) selain arak itu,tetapi mengapa pengharaman arak menjadi isu yg besar??

BBC news online bertarikh 2 disember 2005, di bawah tajuk Alcohol’s Health Benefits Doubted melaporkan kemudaratan berpunca daripada arak adalah lebih banyak berbanding kebaikannya. Pada tahun 2002, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan arak adalah salah satu pemusnah kesihatan yg berbahaya di dunia.

( dipetik dari buku Quran Saintifik karya Dr Danial Zainal Abidin, m/s 195..maklumat lanjut rujuk buku ini dlm bab 67)

Perkara haram yg disyariatkan oleh ALLAH sebenarnya adalah utk menjadi kebaikan kita semua kerana Tuhan sayangkan kita.firman ALLAH:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”Al QURAN 2: 216.

3.Islam agama mundur

Memang tidak dinafikan ada Negara islam yg mundur,tetapi ada juga Negara islam yg maju contohnya Malaysia, Qatar dan Brunei . Negara yang penduduknya menganut Kristian juga ada yg mundur contohnya Haiti,Peru, Filiphina, Agentina dan lain2 lagi. Negara yg penduduknya menganut Buddha pun ada yg mundur contohnya Sri Lanka.

Satu persoalan yg timbul ialah bagaimana mereka mengukur sesuatu negara itu mundur atau maju..adakah hanya memandang kepada kebendaan atau moral dan jati diri?? Kalau macam tu amerika bukannya negara yg maju pun ( gay lesbian berleluasa-keruntuhan moral)


4.Tak nampak Tuhan??

Analogi:

Saya mencipta pen ( Pencipta)

Pen( makhluk)

Saya menciptakan pen tetapi tidak memberi deria kepada pen utk melihat saya..tetapi saya boleh melihat pen.

Begitu juga kita ( makhluk) dengan Tuhan ( pencipta)..tuhan tidak menciptakan deria utk kita melihat diri tuhan, tetapi tidak bermakna Tuhan itu tidak wujud..


5.Masuk Islam ialah masuk Melayu

Sebenarnya masuk islam bukan masuk melayu ye..tetapi di Malaysia orang bukan islam selalu bertanggapan masuk islam ialah masuk melayu. Kerana sinonimnya di malaysia,jika seseorang itu hindu,dia berbangsa India..jika dia beragama buddha,dia seorang cina...dan jika dia seorang melayu, dia beragama islam..jadi mereka bertanggapan bahawa jika masuk islam,mereka kena masuk melayu,amalkan adat2 orang melayu,pakai songkok,baju melayu dan lain2 lagi..


Dari Abu Musa Al-Asy’ari, Rasulullah saw bersabda :

Orang Arab tidaklah lebih baik dari orang bukan Arab ('ajam). Sebaliknya, orang bukan Arab juga tidak lebih baik dari orang Arab. Orang berkulit merah tidak lebih baik dari orang berkulit hitam, kecuali kerana ketakwaannya. Umat manusia adalah anak cucu Adam, dan Adam diciptakan dari tanah liat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” AL-Quran 49:13.

Islam telah sampai ke negeri cina dan India jauh lebih awal sebelum islam sampai ke Tanah Melayu dan Org cina dan India lah yg membawa Islam ke Tanah Melayu..Sebenarnya kalau anda hendak tahu,lebih ramai org islam di India dan Cina berbanding di Malaysia. Jadi kita tak boleh kata yg islam tu milik org melayu sahaja…islam utk semua dan masuk Islam bukan masuk Melayu .


6.Berdosa masuk neraka

“ ah takutnya,orang islam kata kalau kita buat dosa masuk neraka..” mungkin kita pernah mendengar ayat ini dari mulut kwn2 non muslim kita..kalau dalam kristian, mereka percaya bahawa Jesus Christ mati disalib utk menebus dosa manusia,jadi lebih baik masuk Kristian, sah2 masuk syurga ( perkara ini akan diterangkan lebih lanjut di bawah tajuk Christianity)

Sebenarnya dalam islam,kalau berdosa tak semestinya masuk neraka, sebab ada dosa yg Allah ampunkan kecuali dosa syirik kepada ALLAH.

Allah SWT berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (AL-QURAN 39: 53)

ALLAH berfirman lagi: “kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (AL QURAN 25 : 70).

Jadi sekarang tugas kita ialah meleraikan salah faham yg timbul di kalangan sahabat2 non muslim or di kalangan sahabat muslim kita sendiri..dan ini sedikit sebanyak dapat menyucikan imej islam yg semakin tercalar sejak2 ini..

P/S: komen dan cadangan dialu-alukan..maaf jika penyampaian kurang berkesan..sila sebarkan ilmu ini walau hanya satu ayat=) kalau lebih lagi bagus=) terima kasih sudi singgah =)

CARA MENJAWAB SOALAN





1.Dengar dan faham

Kita harus mendengar soalan org yg bertanya melalui mata dan telinga, contohnya:

· Seorang perempuan bertudung bertanya kepentingan memakai tudung:

Kalau kita tengok dari segi penampilan dirinya, dia memakai tudung dengan sempurna.. Jadi kita harus faham bahawa tujuan soalannya ialah utk memberi kefahaman kepada org yg hadir pada majlis itu ,bukan utk dirinya.Jadi jwpan yang kita harus berikan ialah dlm bentuk penerangan.

· Seorang perempuan bertudung tetapi nmpak rambut/jambul:

Kalau kita tengok dari segi penampilannya, dia tidak menutup aurat dengan sempurna/ sekadar tutup cukup syarat..jadi kita harus faham bahawa dia seorang yg baru hendak belajar/baru hendak mula memakai tudung..Jadi jawapan yg kita berikan ialah dalam bentuk motivasi.


· Seorang perempuan yg free hair/ tidak memakai tudung bertanya soalan tentang kepentingan bertudung:

Jadi kita harus faham bahawa dia belum yakin utk memakai tudung.Jadi jawapan yg kita harus berikan ialah dlm bentuk utk meyakinkan dia.

2. Jangan memberikan jawapan dengan emosi

3. Menggunakan istilah yg mudah difahami.

Soalan dari non-muslim: bagaimana cara orang islam solat??

Jawapan yang kurang sesuai diberikan: oh solat ini dari beberapa rukun, ada perkara yg wajib dan ada yg sunat. Sebelum tu kena berwuduk dulu dengan air..air ni ada beberapa jenis,antaranya air mutlak dan air musta’mal.kalau tak ada air kita boleh bertayamum..bla bla bla…

Ok dari contoh yg diberikan, saya tahu ianya berat utk difahami oleh org bukan islam..dah la guna istilah arab( x salah guna istilah arab tapi terangkan semula dalam bahasa mudah supaya mereka faham)…jadi kesimpulannya nk cakap kat sini, gunakan bahasa yg mudah supaya tidak memeningkan mereka=)

4. Gunakan jawapan yg rasional dan logic

5. Berikan data,rujukan dan statistic utk mengukuhkan jwapan yg kita berikan


6. Yang paling penting, guna AL-QURAN dan SUNNAH sebagai rujukan

Thursday, April 15, 2010

KELAKAR!!



gambar ini sgt mencuit hati saya.. tafsirkan sendiri mesej yg ingin disampaikan=)

credit to www.saifulislam.com for the pic..http://saifulislam.com/?p=7913#more-7913

TAUBAT SEORANG HAMBA

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah terimalah terimalah.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah terimalah terimalah...
Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah terimalah terimalah....
Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah terimalah terimalah..
Taubatku ini..



Taubat Seorang Hamba_Hafiz Hamidun ft Irsyadee

Wednesday, April 7, 2010

DENYUT KASIH MEDIK


Alhamdulillah..i’m done with Denyut Kasih Medik…satu2 nya novel karya seorang doctor perubatan yg pernah saya baca…bgus2..saya sgt kagum dgn dia..sibuk2 pun still ada masa lagi nk tulis novel ek doctor..?? Sebenarnya Dr Farhan Hadi ni tak asing lagi bagi saya..kerana dia ialah suami kepada seorang penulis novel islamik terkenal Fatimah Syarha..ala yg tulis buku SEINDAH MAWAR BERDURI,TAUTAN HATI dan PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL tu…




ok sepintas lalu….ni synopsis buku ni…

Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta…

Saya bg 4 bintang la kat buku ni…gaya bahasanya biasa2 saja sebab dia mngkin baru first time tulis novel kot..tapi ilmu yang saya dapat dari novel ni memang best la…rasa mcm boleh diaplikasi bila saya jadi pharmacist kelak,insyaallah…dari setiap aspek yg dia lakukan,syariat pasti terpelihara…dari bidang perubatan sampailah ke bidang dia mncari jodoh..

Ok mari saya selitkan sikit tentang fiq yg diselitkan dlm novel ni…(selit sikit2 je,nk tau lebih kena beli sndiri..hehe)

Fiq perubatan:

1. Penggunaan clexane ( yg diperbuat dari khinzir) utk pesakit muslim.

2. Adakah darah yg keluar selepas keguguran adalah nifas?perlukah tunaikan solat ke ats janin yg gugur??

Fiq cinta:

1. Mahar buat isteri

2. Cara dan usaha mencari jodoh bg kaum wanita

Fiq wanita:

1. Info haid dan istihadhah


Ok kalau kita tgk contoh2 kat atas ni…semua berkaitan dgn hidup kita kan..x semestinya kalau fiq wanita lelaki xperlu amik tau betol x…mereka akan ada anak2 dan isteri utk dididik…fiq perubatan plak,x semestinya org2 yg keje kat hospital je yg kena ambil tahu..

Bg saya la,sebagai ahli pharmacist ke doctor ke nurse ke ( health care provider),kita memg kena tau semua2 ni…sbb nt kalau pesakit muslim tnya:


“ Puan (cewah..agak2nya time tu dah jadi puan kot..haha),boleh ke kalau saya nk amik ubat dibuat dari khinzir??”

“ Cik, boleh ke kalau saya nk solat tapi ada kantung najis kat perut saya ni??”

“ Doctor,saya xnk anak ni,saya nk gugurkan…saya bayar doctor harga tinggi..mahu???”

“Cik,macam mana saya nk solat kalau istihadah?”

" Puan,saya x dapat beza la saya dalam haid ke istihadah,mcm mana saya nak bezakan??"

Haa…agak2 mcm mana kamu semua nk jwb soalan ni dari patient,ni baru soalan biasa2..belum lagi keluar yg kompleks2..

Sebagai seorang doctor atau pharmacist muslim,kita juga ada tanggungjawab ke atas saudara2 seislam kita yg lain utk mengingatkan mereka..

“Pakcik..pakcik dah solat ke??”

“Cik, nanti waktu melawat ada pelawat lelaki,cik jaga aurat ye…”

“ Mak cik,sebelum mkn ubat selawat dulu ye,kita mkn ubat utk ikhtiar,ALLAH yg sembuhkan =)”


ISLAM IS THE WAY OF LIFE…harap2 nanti kita mempunyai kekuatan utk laksanakan syariat islam bila kita deal dgn masyrkat secara am nye dan dengan pesakit khususnya…amiin…ok sekian saja..salam=)

p/s: sape nk pinjam buku ni boleh la ye..hehe=)




Saturday, April 3, 2010

SALAH FAHAM NON-MUSLIM TERHADAP ISLAM

Salah faham non muslim terhadap ISLAM

Dari sudut:

Agama

· Poligami- lelaki islam boleh berkahwin 4 tetapi perempuan islam tidak boleh.

· Wanita islam wajib pakai tudung

· Muslim wajib berpuasa

Ok saya nk komen sikit pasal wajib pakai tudung…masa dalam kelas tu,brother shah ajar teknik nk jawab soalan ni..

Brother shah: orang islam wajib pakai tudung tak?

Kami: wajib…!! ( dengan yakinnya kami menjawab)

Brother shah: tahukah kamu ramai yg pergi solat di masjid tak pakai tudung?

Kami: ?????!!

Brother shah: ye la,lelaki mana pakai tudung….

Kami: laaaaaaa…..(sambil gelak)

Brother shah: perempuan islam wajib pakai tudung tak??

Kami: wajiiib…!!

Brother shah: x wajib la…kalau dekat rumah,dengan suami mana wajib pakai tudung…haha


Kesimpulannya dari dialog ni, dia nk ajar kita bahawa kita jgn sempitkan jawapan kita dengan soalan-soalan yg mudah macam ni…kalau tidak,org bukan islam akan memandang islam itu sangat susah kerana byk perkara wajib yg mereka kena ikut..sedangkan islam itu tidaklah susah mana…byk perkara yg x wajib dari perkara wajib..perkara wajib yg ALLAH perintahkan tu semua untuk kebaikan kita..ISLAM ITU MUDAH ( akan dibincangkan dgn lebih details dlm tjuk lain)



Budaya

· Lelaki berjanggut selalu dianggap terrorist

Ini satu lagi persoalan yg timbul iaitu lelaki islam berjanggut ialah terrorist. Sebenarnya kalau kita fikir logik, janggut tu xboleh nak bunuh lalat pun..kalau kita letak peluru di janggut tu,peluru tu akan jatuh macam tu saja… orang-orang islam berjanggut ni nak dapat visa masuk amerika pun susah tau...ok kita ambil contoh lain,sami2 Hindhu, gambar Jesus Christ semua berjanggut..adakah mereka dianggap terrorist juga??(renung-renungkan lah)…






· hijab

Ok sekarang kita kan bincangkan soal tudung atau hijab dari sudut budaya pula..kalau dekat oversea,mereka akan berhati-hati kerana dikhuatiri perempuan itu ialah suicide bomber yg menyorokkan bom dalam tudung..(saya rasa kat Malaysia pun mesti ada yg berfikiran mcm ni)


· Gay

ok ini satu lagi persoalan,islam dianggap tidak adil sebab tindas hak manusia..contohnya tak sokong gay (liwat)…mengikut barat, ikut suka la kan nk gay ke lesbian ke,itu kan hak asasi manusia…so bila islam melarang perkara2 begini,mereka menganggap islam kolot dan tidak adil. Sebenarnya kalau anda nk tahu, 50 tahun dulu, amerika syarikat pun xbleh nk trima gay, dan siapa yg melakukan perkara ini kan dihantar jumpa pakar sakit jiwa,tetapi di sana sekarang,sesiapa yg tidak dapat menerima gay pula yg akan dihantar jumpa pakar sakit jiwa..pelik sungguh!



Orang islam

· Islam vs muslim

Sebenarnya org islam sendiri juga mnjadi punca salah faham non-muslim pada kita..ini kerana perlakuan umat islam sekarang tidak selari dengan ajaran Islam..lihat sajalah di dada akhbar…siapa juara penghuni pusat serenti,mat rempit,kes buang bayi, haruan makan anak ??…


· Politik ( PAS dan UMNO)

OK di sini saya nk tekankan saya bukan nk cerita saya menyokong parti mana dlm blog ini =) Sekali lg saya nk tekankan sebenarnya bagaimana org bukan islam memandang perkara ini dari kaca mata mereka..ada islam PAS dan islam UMNO..mereka tertanya2 sendiri mana satu islam yg betul??nk ikut mana satu?? Padahal islam itu satu bukan dua…dalam media ada parti yg saling tuduh menuduh antara satu sama lain dan ini memberi gambaran buruk pada mata non-muslim..jadi fikir2 lah dulu natijahnya apa yang akan terjadi pada islam jika anda membuat kenyataan tertentu..



ok saya rasa setakat ini saja dulu utk kali ini..sesiapa yg nk copy silakan..kalau ada kecacatan di mana2 sila beri teguran dan pandangan..=) pandangan anda dialu-alukan..dan maaf juga kalau ada yg terasa hati..=)


ok topic pada post akan dtg mengenai

  • cara menjawab soalan kepada non-muslim
  • soalan2 non muslim kpda muslim contohnya

1. TUHAN ISLAM PILIH KASIH

2. KENAPA TIDAK BOLEH MAKAN BABI

3. MASUK ISLAM IALAH MASUK MELAYU

4. SEMUA AGAMA SAMA

5. NEGARA ISLAM SUKA BERPERANG

6. ISLAM AGAMA YG SUSAH

7. DOA TIDAK TERJAWAB

8. AH CHONG BAIK ,ALI JAHAT

9. QURAN TIRU BIBLE

10. QURAN DITULIS OLEH SYAITAN

11. “KAMI” DALAM AL-QURAN

12. ORANG ISLAM SEMBAH KAABAH


menarikkan tjuk nye kan...jadi setialah mengikuti blog saya ye =)