FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

Mereka insan hebat!

assalamualaikum..

Setiap kali melawat ke blog sendiri, mata ini pasti akan tercari-cari update dari insan yg bernama UMMU HUSNA.Siapa UMMU HUSNA??Saya pasti ramai yang mengenalinya.Beliau ialah zaujah kepada seorang ustaz yang terkenal terutama dalam bab-bab kewangan islam.Siapa lagi kalau bukan Ustaz Zaharuddin.

Saya sangat terkesan dengan penulisan beliau. Mata tidak akan jemu membaca penulisan beliau,sekali baca pasti nak lagi dan lagi.Beliau gemar menulis dalam bentuk cerita dan itu yang menjadikannya menarik.

Bahagian yang paling saya suka ialah pendekatan beliau dan suami mendidik anak-anak mereka. HEBAT! Sangat kreatif !Pasti ada saja idea-idea yang bernas. Dan apa yang paling penting, cara yang digunakan bukan sahaja applicable untuk anak-anaknya tetapi juga untuk kita sebagai orang dewasa,contohnya ini.

Ibu bapa yang hebat pasti melahirkan anak yang hebat bukan??Jika benihnya baik,buahnya pasti juga akan baik.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". (dipetik dari iluvislam)


Cerita di atas juga persis cerita Luqman al-hakim di mana dia berkata " Aku mendidik anakku 15 tahun sebelum anak itu dilahirkan".


Nah!!! Maksudnya mereka mendidik diri mereka sendiri sebelum mendidik anak mereka.HEBAT bukan?? Semuanya harus bermula dengan diri sendiri dahulu. Takkan nak jadi macam ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri pun berjalan senget.Mendidik anak itu bukan mudah, setiap anak perlu dididik mengikut acuan masing-masing (terbukti dengan melihat cara ibu saya mendidik kami).Dalam setandan pisang itu kadang-kadang bukan semuanya elok kan?


Bertuah Ummu husna mendapat seorang zauj yang hebat, yang dapat bersama-sama berjuang mendidik anak-anak khususnya dan berjuang untuk agama secara am nya..(sedikit cemburu =p)


Wasiat di bawah boleh digunakan nanti untuk mendidik anak-anak, dan paling penting untuk DIRI SENDIRI.



Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang ertinya sebagai berikut (dipetik dari sini):

1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.

2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandongnya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): "Hendaklah engkau bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali.

3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan.

4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dibumi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya allah maha halus lagi maha mengetahui".

5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (allah).

6. Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.




Liyana Rosyada,adik yang nakal.poning eden


p/s: Ya Allah kurniakanku pasangan hidup dan anak-anak sebagai penyejuk di mata dan jadikanlah aku pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa..amiin Ya Rab.

3 comments:

  1. comel gila adik hang weh..

    ReplyDelete
  2. hurm, ni aku risau ni, kalau aku ikot cara luqman al hakim aku akan kahwin umur 47
    *sigh, diri ni teruk sangat...

    anyway, adik ko cute.

    oh, and ameen to that last doa~~

    ReplyDelete
  3. ayue: =)
    ezzat: 22+15=37 la e!! ko silap kira..hahah.tq ameen kan doa itu..semoga kamu juga begitu hendaknya..amiiin insyaallah~

    ReplyDelete