FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 26, 2010

TITIK PERMULAAN ITU =)

Salam semua..sebenarnya tidak tahu ingin dimulakan dari mana...saya tidak pandai menulis..tidak petah dalam berkata2..tapi hati ini sering meronta2..utk berkongsi ilmu yg tidak seberapa ni dengan sesiapa yg sudi mendengar..

Kerana sabda Rasulullah: "sampaikan dariku walau satu ayat"

saya mendapat kekuatan untuk menulis blog setelah ke kelas friendly comparative religion (FCR) di Setiawangsa...sebab brader shah kirit minta "pengeras" utk kelas dia.."pengerasnya",harus sampaikan ilmu yang dipelajari pada semua..tidak kira dengan cara apa sekali pun, melalui blog, facebook dan sebagainya...

kelas ni tiap2 hari rabu mlm..ada 3 fasa..sekarang saya dan kawan2 masih dalam fasa pertama..sebenarnya dalam kelas ni, kami belajar mengenai agama2 orang lain..cthnya agama kristian, buddha, hindu dan sebagainya...setakat ni,hanya menyentuh tentang basic saja...brader shah juga ada menyentuh mengenai persoalan2 yg sering diajukan oleh non-muslim kepada kita,dan bagaimana kita harus menjawab persoalan itu dengan hikmah dan bijaksana...dan banyak lagi persoalan yg bakal dirungkai dalam kelas ini..

ok saya ada menyebut tentang brader shah kirit..siapa beliau sebenarnya??beliau lah tok guru kami=) beliau dulunya seorang HINDU..dan sekarang seorang MUSLIM=) mungkin ramai yg telah mengenalinya,kerana beliau sering juga muncul di universiti tertentu utk ceramah2 perbandingan agama..

pada pemerhatian saya,kelas2 perbandingan agama ni mula mendapat tempat di kalangan masyarakat am nya dan mahasiswa khususnya..byk juga program sebegini telah diadakan.

kelas ini sgt santai..dihadiri oleh pakcik2 yg dah veteran,sampailah ke remaja yg masih bersekolah...biliknya ada aircond,macam bilik tutorial..diadakan di IIS,SABA ISLAMIC MEDIA,SETIAWANGSA...

ok ini saja yg dapat dikongsi setakat ini..nantikan post2 akan dtg..=)

1 comment: