FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 28, 2010

UNTUKMU PALESTINE



Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina

Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam clnta-Nya

Alhamdulilah..diri ini diberi kesempatan utk ke Konsert Untukmu Palestine tempoh hari ( tq yeopmi hantar kitorang dan tak dilupakan juga pada Kak Ci( isteri abg muadz) yg belanja tiket kitorg..=) )

Sebenarnya kami jadi volunteer utk promote album abang muadz..malam tu..ada shoutul harakah,kumpulan Daie n Muadz datang buat persembahan..kat dewan serbaguna kat masjid wilayah..memang semangat habis la org2 yg pergi sana..x percaya tgk sendiri video yg saya upload 2..=)

Cakap pasal Palestine ni..ingat lagikah kita pada mereka?? Dulu masa kena serang dengan Israel..memang semangat habis..kat masjid2 buat qunut nazilah, boikot itu boikot ini… walaupun sekarang ceritanya tidak sehangat dulu..harap2 saudara2 kita masih di dalam doa kita..amiiin..

Teringat kata-kata seorang sahabat selepas tengok konsert tu, “Rasa2 kalau yahudi dtg serang kita sekarang,time kita dok serononk2 dan terlompat2 semangat menyanyi lagu2 ni..rasa2 kita mampu x nak hadapi yahudi tu??”

Terkedu dan berfikir seketika………………

Teringat kembali pada kata2 seorang ibu yg anak2 nya telah syahid angkara yahudi..”Aku sedih kerana tiada lagi anak2 yang ingin aku hantar utk berjihad” subhanallah tinggi semangat jihad mereka…kita sendiri bagaimana??



ni video abg muadz buat persembahan,maksud hadis yg dia nyanyi ada saya sertakan bawah ni=) silalah beli album yg ori..haha=p

“Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.”
Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

p/s:cik lina sila study..kamu ada test..ingat sket.

2 comments: