FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 2, 2010

ANAK GAJAH

Innalillahi wainna ilaihi raji un…pagi tadi, masa program cuci kereta kat fac, ada seorang sahabat khabarkan kepada saya ,din beramboi telah meninggal dunia kerana denggi berdarah..tersentak diri ini mendengarnya………benarlah firman ALLAH dalam surah al munafiqun ayat 9 hingga 11..

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya) . Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh".

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan- Nya mengenai segala yang kamu kerjakan


OK mari kita ke topic seterusnya..sebenarnya nk cerita pasal benda lain..=) Alhamdulillah semalam diberi peluang ke taman2 syurga=) majlis ilmu di kolej 8..dengan nadia,farhana,nisah, hanisah n kak akma..n ada kwn2 kolej lain..ramai jugak la yg pergi..mana tidaknya..penceramahnya saiful islam aka ustaz hasrizal..ala yg tulis buku AKU TERIMA NIKAHNYA tu…tajuk ceramahnya IMPAK MAKSIMA..KUASA PERCAYA UNTUK BERJAYA..

Apa yg saya dapat dari ceramah tu ialah KITA MESTI PERCAYA PADA DIRI KITA SENDIRI…sedar x sedar sebenarnya memang kita agak kurang yakin pada diri sendiri..dan kita selalu tanamkan monolog2 negatif dlm diri kita cthnya..:

“ ala boleh ke nk jawab soalan economy ni…dah la soalan prof sham..mesti susah” ni la antara monolog2 saya dengan diri sndiri..haha=p hakikatnya kita terlalu byk berfikiran negative..dah tau prof sham punya soalan kadang2 unexpected,so kita mesti la selalu expect the unexpected dengan memenuhkan ilmu di dada dengan membaca journal2 bertimbun2 yg dia bg tu kan..ni awal2 lagi dah give up…mcm mana ALLAH nk tolong kita kalau kita x nk tolong diri kita sendiri betul x??

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 11: “…..Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri….”





Analogi paling mudah yg beliau berikan ialah SINDROM ANAK GAJAH…Alkisah bermula..masa anak gajah tu kecil,dia telah ditangkap ke zoo dan diikat kakinya dengan rantai besi…biasa la kan,anak2 masa kecil,potensi dirinya tinggi,semua dia nk explore…sama la jugak mcm anak gajah ni..dia nk sangat explore alam sekeliling..cuba punya cuba…dia x dapat nk lepaskan diri sebab kakinya telah diikat..kesian anak gajah…dan akhirnya dia pun berputus asa….

Selepas tujuh tahun..anak gajah tadi tu dah jadi abang gajah( dia dah besar la maksudnya)..tapi dia still terikat dekat rantai besi tu..tapi hakikatnya dia mampu utk melepaskan diri sebab time tu dia dah besar dan kuat..kan??apa la sangat nk dibandingkan rantai yg ikat dia tu dengan kekuatan yg dia ada,mungkin dengan sekali sentap je dia dah boleh larikan diri…so kesimpulannya kat sini,dia nk cerita..sebenarnya KITA SENDIRI YANG MENGHADKAN POTENSI DIRI KITA DAN KITA CEPAT PATAH SEMANGATgagal sekali x bererti kita gagal selamanya kan??

YOU ARE WHAT YOU BELIEVE ialah kata semangat yg perlu ada dlm setiap individu…usaha lah semampu boleh sebab bila anda sudah memulakan sesuatu, bermakna anda telah menyiapkan separuh darinya=)

Yakin dengan ALLAH dalam setiap pekerjaan yg kita lakukan..mohon kepadanya moga dipermudahkan segala urusan kita..amin..yakinlah denganNYA dan yakin dengan diri sendiri kerana yakin itu ialah IMAN =)

“KEJAYAAN ITU IALAH SATU PERJALANAN,BUKAN SATU DESTINASI”

“THERE IS NO SECRETE INGREDIENT..YOU JUST HAVE TO BELIEVE ! ” _kungfu panda





p/s: credit to saifulislam.com for the kungfu panda pic..=)

No comments:

Post a Comment