FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 3, 2010

SALAH FAHAM NON-MUSLIM TERHADAP ISLAM

Salah faham non muslim terhadap ISLAM

Dari sudut:

Agama

· Poligami- lelaki islam boleh berkahwin 4 tetapi perempuan islam tidak boleh.

· Wanita islam wajib pakai tudung

· Muslim wajib berpuasa

Ok saya nk komen sikit pasal wajib pakai tudung…masa dalam kelas tu,brother shah ajar teknik nk jawab soalan ni..

Brother shah: orang islam wajib pakai tudung tak?

Kami: wajib…!! ( dengan yakinnya kami menjawab)

Brother shah: tahukah kamu ramai yg pergi solat di masjid tak pakai tudung?

Kami: ?????!!

Brother shah: ye la,lelaki mana pakai tudung….

Kami: laaaaaaa…..(sambil gelak)

Brother shah: perempuan islam wajib pakai tudung tak??

Kami: wajiiib…!!

Brother shah: x wajib la…kalau dekat rumah,dengan suami mana wajib pakai tudung…haha


Kesimpulannya dari dialog ni, dia nk ajar kita bahawa kita jgn sempitkan jawapan kita dengan soalan-soalan yg mudah macam ni…kalau tidak,org bukan islam akan memandang islam itu sangat susah kerana byk perkara wajib yg mereka kena ikut..sedangkan islam itu tidaklah susah mana…byk perkara yg x wajib dari perkara wajib..perkara wajib yg ALLAH perintahkan tu semua untuk kebaikan kita..ISLAM ITU MUDAH ( akan dibincangkan dgn lebih details dlm tjuk lain)



Budaya

· Lelaki berjanggut selalu dianggap terrorist

Ini satu lagi persoalan yg timbul iaitu lelaki islam berjanggut ialah terrorist. Sebenarnya kalau kita fikir logik, janggut tu xboleh nak bunuh lalat pun..kalau kita letak peluru di janggut tu,peluru tu akan jatuh macam tu saja… orang-orang islam berjanggut ni nak dapat visa masuk amerika pun susah tau...ok kita ambil contoh lain,sami2 Hindhu, gambar Jesus Christ semua berjanggut..adakah mereka dianggap terrorist juga??(renung-renungkan lah)…






· hijab

Ok sekarang kita kan bincangkan soal tudung atau hijab dari sudut budaya pula..kalau dekat oversea,mereka akan berhati-hati kerana dikhuatiri perempuan itu ialah suicide bomber yg menyorokkan bom dalam tudung..(saya rasa kat Malaysia pun mesti ada yg berfikiran mcm ni)


· Gay

ok ini satu lagi persoalan,islam dianggap tidak adil sebab tindas hak manusia..contohnya tak sokong gay (liwat)…mengikut barat, ikut suka la kan nk gay ke lesbian ke,itu kan hak asasi manusia…so bila islam melarang perkara2 begini,mereka menganggap islam kolot dan tidak adil. Sebenarnya kalau anda nk tahu, 50 tahun dulu, amerika syarikat pun xbleh nk trima gay, dan siapa yg melakukan perkara ini kan dihantar jumpa pakar sakit jiwa,tetapi di sana sekarang,sesiapa yg tidak dapat menerima gay pula yg akan dihantar jumpa pakar sakit jiwa..pelik sungguh!



Orang islam

· Islam vs muslim

Sebenarnya org islam sendiri juga mnjadi punca salah faham non-muslim pada kita..ini kerana perlakuan umat islam sekarang tidak selari dengan ajaran Islam..lihat sajalah di dada akhbar…siapa juara penghuni pusat serenti,mat rempit,kes buang bayi, haruan makan anak ??…


· Politik ( PAS dan UMNO)

OK di sini saya nk tekankan saya bukan nk cerita saya menyokong parti mana dlm blog ini =) Sekali lg saya nk tekankan sebenarnya bagaimana org bukan islam memandang perkara ini dari kaca mata mereka..ada islam PAS dan islam UMNO..mereka tertanya2 sendiri mana satu islam yg betul??nk ikut mana satu?? Padahal islam itu satu bukan dua…dalam media ada parti yg saling tuduh menuduh antara satu sama lain dan ini memberi gambaran buruk pada mata non-muslim..jadi fikir2 lah dulu natijahnya apa yang akan terjadi pada islam jika anda membuat kenyataan tertentu..



ok saya rasa setakat ini saja dulu utk kali ini..sesiapa yg nk copy silakan..kalau ada kecacatan di mana2 sila beri teguran dan pandangan..=) pandangan anda dialu-alukan..dan maaf juga kalau ada yg terasa hati..=)


ok topic pada post akan dtg mengenai

  • cara menjawab soalan kepada non-muslim
  • soalan2 non muslim kpda muslim contohnya

1. TUHAN ISLAM PILIH KASIH

2. KENAPA TIDAK BOLEH MAKAN BABI

3. MASUK ISLAM IALAH MASUK MELAYU

4. SEMUA AGAMA SAMA

5. NEGARA ISLAM SUKA BERPERANG

6. ISLAM AGAMA YG SUSAH

7. DOA TIDAK TERJAWAB

8. AH CHONG BAIK ,ALI JAHAT

9. QURAN TIRU BIBLE

10. QURAN DITULIS OLEH SYAITAN

11. “KAMI” DALAM AL-QURAN

12. ORANG ISLAM SEMBAH KAABAH


menarikkan tjuk nye kan...jadi setialah mengikuti blog saya ye =)


No comments:

Post a Comment