FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 19, 2010

CARA MENJAWAB SOALAN





1.Dengar dan faham

Kita harus mendengar soalan org yg bertanya melalui mata dan telinga, contohnya:

· Seorang perempuan bertudung bertanya kepentingan memakai tudung:

Kalau kita tengok dari segi penampilan dirinya, dia memakai tudung dengan sempurna.. Jadi kita harus faham bahawa tujuan soalannya ialah utk memberi kefahaman kepada org yg hadir pada majlis itu ,bukan utk dirinya.Jadi jwpan yang kita harus berikan ialah dlm bentuk penerangan.

· Seorang perempuan bertudung tetapi nmpak rambut/jambul:

Kalau kita tengok dari segi penampilannya, dia tidak menutup aurat dengan sempurna/ sekadar tutup cukup syarat..jadi kita harus faham bahawa dia seorang yg baru hendak belajar/baru hendak mula memakai tudung..Jadi jawapan yg kita berikan ialah dalam bentuk motivasi.


· Seorang perempuan yg free hair/ tidak memakai tudung bertanya soalan tentang kepentingan bertudung:

Jadi kita harus faham bahawa dia belum yakin utk memakai tudung.Jadi jawapan yg kita harus berikan ialah dlm bentuk utk meyakinkan dia.

2. Jangan memberikan jawapan dengan emosi

3. Menggunakan istilah yg mudah difahami.

Soalan dari non-muslim: bagaimana cara orang islam solat??

Jawapan yang kurang sesuai diberikan: oh solat ini dari beberapa rukun, ada perkara yg wajib dan ada yg sunat. Sebelum tu kena berwuduk dulu dengan air..air ni ada beberapa jenis,antaranya air mutlak dan air musta’mal.kalau tak ada air kita boleh bertayamum..bla bla bla…

Ok dari contoh yg diberikan, saya tahu ianya berat utk difahami oleh org bukan islam..dah la guna istilah arab( x salah guna istilah arab tapi terangkan semula dalam bahasa mudah supaya mereka faham)…jadi kesimpulannya nk cakap kat sini, gunakan bahasa yg mudah supaya tidak memeningkan mereka=)

4. Gunakan jawapan yg rasional dan logic

5. Berikan data,rujukan dan statistic utk mengukuhkan jwapan yg kita berikan


6. Yang paling penting, guna AL-QURAN dan SUNNAH sebagai rujukan

No comments:

Post a Comment