FOR THE REST OF MY LIFE

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 19, 2010

JAWAPAN KEPADA SALAH FAHAM NON-MUSLIM (PART 1)

1.Kenapa tidak boleh makan babi??



Jawapan pertama yg harus diberikan ialah kerana ini perintah ALLAH dan Rasul.

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”Al-Quran 2 :173

Hikmah pengharaman ialah kerana babi pembawa virus merbahaya. Pada Ogos 2004, China mengumumkan penemuan virus penyebab selesema burung, termasuk daripada species H5N1 dalam babi ( Dipetik dari buku Quran Saintifik karya Dr Danial Zainal Abidin, m/s 204…maklumat lanjut boleh rujuk buku ni dalam bab 70). Dan yg terbaru H1NI..Rasanya tidak perlu saya ceritakan lagi kerana umum sudah mengetahuinya.

Apa yg saya hendak tekan kan di sini ialah bagaimana kita menjawab soalan ini jika ditanya..jawablah bahawa pengharaman adalah kerana perintah ALLAH barulah disertakan dengn hikmahnya,bukan directly kita berikan hikmah sebagai jawapan utama kerana kita mungkin akan di serang dengan soalan di bawah:

Kalau babi itu lahir dan dibawa ke dalam makmal,disuntik vaksin dan antibiotic, dan dijaga pemakannya dengan memberikan makanan berkhasiat, dan terbukti babi tu tak bawa virus,jadi boleh makanlah??

You see,kita akan terperangkap dengan jawapan kita sendiri kalau kita berikan hikmah pengharaman sebagai jawapan utama kita..get the point??


2.Islam agama yg susah ke??

Orang islam bertanggapan bahawa islam ialah agama yg susah. Hal ini kerana menurut mereka banyak larangan dan byk perkara yg haram yg tidak boleh dilakukan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa memang terdapat perkara yg wajib dan haram di dalam islam, tetapi ianya tidak lah banyak seperti yg disangkakan. Contoh yang paling mudah ialah tentang pengharaman arak.

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya.” Al- Quran 5: 90

Sebenarnya banyak lagi minuman yg halal yg boleh diminum ( air jambu,air oren,ait tembikai dan bermacam2 lagi air) selain arak itu,tetapi mengapa pengharaman arak menjadi isu yg besar??

BBC news online bertarikh 2 disember 2005, di bawah tajuk Alcohol’s Health Benefits Doubted melaporkan kemudaratan berpunca daripada arak adalah lebih banyak berbanding kebaikannya. Pada tahun 2002, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan arak adalah salah satu pemusnah kesihatan yg berbahaya di dunia.

( dipetik dari buku Quran Saintifik karya Dr Danial Zainal Abidin, m/s 195..maklumat lanjut rujuk buku ini dlm bab 67)

Perkara haram yg disyariatkan oleh ALLAH sebenarnya adalah utk menjadi kebaikan kita semua kerana Tuhan sayangkan kita.firman ALLAH:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”Al QURAN 2: 216.

3.Islam agama mundur

Memang tidak dinafikan ada Negara islam yg mundur,tetapi ada juga Negara islam yg maju contohnya Malaysia, Qatar dan Brunei . Negara yang penduduknya menganut Kristian juga ada yg mundur contohnya Haiti,Peru, Filiphina, Agentina dan lain2 lagi. Negara yg penduduknya menganut Buddha pun ada yg mundur contohnya Sri Lanka.

Satu persoalan yg timbul ialah bagaimana mereka mengukur sesuatu negara itu mundur atau maju..adakah hanya memandang kepada kebendaan atau moral dan jati diri?? Kalau macam tu amerika bukannya negara yg maju pun ( gay lesbian berleluasa-keruntuhan moral)


4.Tak nampak Tuhan??

Analogi:

Saya mencipta pen ( Pencipta)

Pen( makhluk)

Saya menciptakan pen tetapi tidak memberi deria kepada pen utk melihat saya..tetapi saya boleh melihat pen.

Begitu juga kita ( makhluk) dengan Tuhan ( pencipta)..tuhan tidak menciptakan deria utk kita melihat diri tuhan, tetapi tidak bermakna Tuhan itu tidak wujud..


5.Masuk Islam ialah masuk Melayu

Sebenarnya masuk islam bukan masuk melayu ye..tetapi di Malaysia orang bukan islam selalu bertanggapan masuk islam ialah masuk melayu. Kerana sinonimnya di malaysia,jika seseorang itu hindu,dia berbangsa India..jika dia beragama buddha,dia seorang cina...dan jika dia seorang melayu, dia beragama islam..jadi mereka bertanggapan bahawa jika masuk islam,mereka kena masuk melayu,amalkan adat2 orang melayu,pakai songkok,baju melayu dan lain2 lagi..


Dari Abu Musa Al-Asy’ari, Rasulullah saw bersabda :

Orang Arab tidaklah lebih baik dari orang bukan Arab ('ajam). Sebaliknya, orang bukan Arab juga tidak lebih baik dari orang Arab. Orang berkulit merah tidak lebih baik dari orang berkulit hitam, kecuali kerana ketakwaannya. Umat manusia adalah anak cucu Adam, dan Adam diciptakan dari tanah liat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” AL-Quran 49:13.

Islam telah sampai ke negeri cina dan India jauh lebih awal sebelum islam sampai ke Tanah Melayu dan Org cina dan India lah yg membawa Islam ke Tanah Melayu..Sebenarnya kalau anda hendak tahu,lebih ramai org islam di India dan Cina berbanding di Malaysia. Jadi kita tak boleh kata yg islam tu milik org melayu sahaja…islam utk semua dan masuk Islam bukan masuk Melayu .


6.Berdosa masuk neraka

“ ah takutnya,orang islam kata kalau kita buat dosa masuk neraka..” mungkin kita pernah mendengar ayat ini dari mulut kwn2 non muslim kita..kalau dalam kristian, mereka percaya bahawa Jesus Christ mati disalib utk menebus dosa manusia,jadi lebih baik masuk Kristian, sah2 masuk syurga ( perkara ini akan diterangkan lebih lanjut di bawah tajuk Christianity)

Sebenarnya dalam islam,kalau berdosa tak semestinya masuk neraka, sebab ada dosa yg Allah ampunkan kecuali dosa syirik kepada ALLAH.

Allah SWT berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (AL-QURAN 39: 53)

ALLAH berfirman lagi: “kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (AL QURAN 25 : 70).

Jadi sekarang tugas kita ialah meleraikan salah faham yg timbul di kalangan sahabat2 non muslim or di kalangan sahabat muslim kita sendiri..dan ini sedikit sebanyak dapat menyucikan imej islam yg semakin tercalar sejak2 ini..

P/S: komen dan cadangan dialu-alukan..maaf jika penyampaian kurang berkesan..sila sebarkan ilmu ini walau hanya satu ayat=) kalau lebih lagi bagus=) terima kasih sudi singgah =)

5 comments:

  1. terbaik lina...aku post kat pesbuk link hang ni no boleh kan???

    ReplyDelete
  2. makaseh..yaya..silakan...plis help me to spread the message of ALLAH..

    "Wahai orang-orang yang beriman, Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu "Surah Muhammad 47:7

    tq ayue!! =)

    ReplyDelete
  3. bagus lina,
    moga kite sume dapat menggunakan ilmu ini bersama utk mengatasi salah faham non-muslim terhadap islam

    *sbnarnye misconception terhadap islam ni, in realitynya, lebih teruk lagi, ada yg kata kalau Msia ni negara Islam, sume orang diwajibkan menyimpan janggut, prempuan diwajibkan berpurdah, babi tak dibenarkan dijual kat msia...macam2 lagi.

    ReplyDelete
  4. yup2..tq 4 sharing the info..pernah dengar jugak pasal tu..mungkin segelintir umat islam dah tersasar dari al-quran dan as-sunnah,n akhirnya perlakuan kita x reflect apa yg septutnya islam ajar..n non muslim ni memerhatikan tingkah laku kita..so sebenarnya kita sendiri pon ada salah jugak (T.T)..

    masa piagam madinah dulu pun,org yahudi diberi kebebasan beragama dan mereka akan dilindungi kalau setia pada pemimpin islam,dan mereka tidak boleh diperangi dan dianiayai(correct me if i'm wrong)..so islam ini adil,menjaga kepentingan setiap individu walau org tu bukan islam sekali pun..=)

    ReplyDelete
  5. great post..it helps me a lot for my last exam paper this nite..."salah faham dalam Islam"..
    thanks!
    may Allah bless u..

    ReplyDelete